Oleh pada 11 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung malam tadi menyaksikan kumpulan Otai meninggalkan gelanggang pertandingan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Persembahan kumpulan yang dianggotai Azlee, Ieda Moin dan Acong ini dilihat gagal menawan hati juri profesional tetap yang mewakili sebanyak 70 peratus daripada markah keseluruhan.

Datuk Rosyam Nor dipilih memegang mandat sebagai ketua juri, dengan dibantu oleh Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, bersama seorang juri misteri diberi nama 'Sang Bara'.

Dalam pada itu, kumpulan Bahye yang disertai Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic meraih markah tertinggi daripada juri, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000 dan produk Adabi bernilai RM500 menerusi Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi.

Bertemakan 'Konti Radio' dan 'Hobi', enam kumpulan lawak terkenal berentap untuk peluang mara ke peringkat akhir yang bakal dilangsungkan pada minggu hadapan.

      

Lagi empat kumpulan yang memberikan saingan ialah Tiro, Boro, Puteh dan Tobat.

Berikut markah keseluruhan para peserta yang turut mengambil kira undian online penonton mewakili 30 peratus pemarkahan.

maharaja lawak mega 2021 208

Kredit foto: Astro Gempak

   

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Separuh Akhir - Minggu Kesembilan

1. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 59.33%

2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 58.93%

3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 58.92%

4. Boro (Achey, Atu, Fad) - 57.19%

5. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 56.16%

6. Otai (Azlee Senario, Ieda Moin, Acong) - 38.66% (tersingkir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir (Minggu 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 8 (Suku Akhir)

Baca: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

       

MLM 2021 ditayangkan di saluran Astro Warna (CH 107) secara mingguan pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam mulai 15 Oktober 2021.

    

Untuk pilihan alternatif, strim secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

   

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 9

Sumber:

1. MLM2021: Puteh Undang Sebak, Bahye Sujud Syukur, Otai Pula.. Ini Senarai Yang Mara Ke Final

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)