Oleh pada 27 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) menyaksikan tujuh peserta memberikan persembahan hebat dalam meneruskan persaingan di pentas pertandingan komedi itu.

Para peserta yang masih kekal, Tiro, Boro, Puteh, Bahye, Tobat, Cawan dan Otai, malam tadi beradu nasib menerusi persembahan sketsa yang bertemakan Karoot, Dikir Barat dan Props.

Kesemua bintang komedi ini diiringi kemunculan Sabri Yunus di awal persembahan dan diadili oleh juri profesional tetap, Datuk Rosyam Nor (ketua juri), Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Tidak ketinggalan, seorang juri misteri menggelarkan dirinya sebagai 'Sang Bara'.

Mengikut penjurian, pemarkahan dilakukan hasil gabungan 70% oleh juri profesional dan 30% berdasarkan undian online.

maharaja lawak mega 2021 741

Kredit foto: Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Ketujuh

1. Boro (Achey, Atu, Fad) - 69.96%

2. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 69.83%

3. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 67.72%

4. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 58.95%

5. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 57.42%

6. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 54.72%

7. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 44.40%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 8 (Suku Akhir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 6

Baca: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Di penghujung program, Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak mengucapkan selamat tinggal selepas kumpulan Cawan yang dianggotai mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi yang ditentukan berdasarkan markah tertinggi daripada pihak juri pula menjadi milik kumpulan Boro yang membawa pulang habuan wang tunai berjumlah RM1000.

Tonton MLM 2021 secara langsung di saluran Astro Warna (CH 107) pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam mulai 15 Oktober 2021. Strim di aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

   

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 7

Sumber:

1. #MLM2021ApeCer - Lawak Cawan Kurang Umph, Tersingkir Jua Akhirnya..

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)