Oleh pada 16 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Yassin Yahya & Instagram Astro Gempak

Susulan pelawak Yassin Yahya menarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada saat-saat akhir, rakan seperjuangannya, Hamdan bertindak menggantikan posisinya dalam kumpulan Orix.

maharaja lawak mega 2021 307

Kredit foto: Instagram Achok Chilok

Keputusan anggota kumpulan Senario itu nyata mengejutkan para penonton yang memenuhi dewan Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam selepas pengacara MLM 2021, Datuk AC Mizal mengumumkan berita tersebut.

Situasi itu memaksa Achok dan Abu selaku anggota Ori untuk mendapatkan pengganti dengan kadar segera memandangkan ketika keputusan dibuat, MLM 2021 berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum membuka tirai.

Mujur, pelawak lagenda yang juga anggota Senario, Hamdan menerima pelawaan Ori dan sanggup mengetepikan statusnya sebagai pelawak 'otai' untuk berentap di pertandingan komedi yang rata-rata disaingi anak muda itu.

Menurut Abu, punca sebenar penarikan diri Yassin adalah kerana terlibat dengan sebuah projek lain yang bertembung tarikh dengan MLM 2021.

maharaja lawak 2021 992

Kredit foto: Instagram Yassin Yahya

"Kami terima penarikan diri Yassin dengan hati terbuka kerana memahami komitmen beliau. Kami juga menghormati keputusan beliau.

"Kami juga tidak menyangka Hamdan akan menerima pelawaan untuk menyertai Ori. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik beliau.

"Bayangkan seorang pelawak senior mahu bergabung dengan kami yang masih baru ini. Rasa terharu, dan terima kasih tidak terhingga kepada Hamdan.

"Apapun kepada penyokong-penyokong Ori, kami berjanji akan melakukan yang terbaik bersama Hamdan," kata Abu memetik laporan portal Gempak.

MLM 2021 bersiaran secara langsung mulai 15 Oktober 2021 di Astro Warna (saluran 107), dibawakan dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tayangan setiap hari Jumaat, pukul 9 malam itu juga boleh ditonton secara online menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan MLM 2021, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 2

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 1

Sumber berita: Yassin Tarik Diri Saat Akhir, Hamdan Anggota Baru Ori - Abu & Achok Lega!




Hakcipta iluminasi.com (2017)