biodata shashic iewan

Kredit foto: Instagram Shashic Iewan

  
Siapa Shashic Iewan? Pelawak dengan nama penuh Muhammad Noor Shashic Iewan Norihan ini adalah salah seorang pesaing dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, menerusi kumpulan Bahye yang dianggotainya bersama Zahid Baharuddin dan Nizam Jentik Jentik.
  

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Noor Shashic Iewan bin Norihan
Nama popular: Shashic, Shashic Iewan
Umur: 30 tahun (2021)
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Tarikh lahir: 23 Mac 1991
Agama: Islam
Pendidikan: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Way, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway
Kerjaya: Pelawak, Pelakon
Instagram: @shavshic
  

Latar Belakang

1. Anak tunggal dalam keluarga yang menetap di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, Selangor.
2. Mengalami masalah gagap sejak usia empat tahun yang diwarisi daripada keturunan famili. Hanya menyedari kekurangan itu ketika menuntut di tahun satu.
3. Menyembunyikan kondisi dihadapi daripada pengetahuan rakan sekolah dengan mengambil pendekatan bertutur secara perlahan-lahan.
4. Tidak pernah merujuk kepada doktor perihal isu didepani.
5. Antara pekerjaan dilakukan bagi menyara kehidupannya termasuklah pernah menjadi kelindan lori dan pemungut hutang, malah menjual jam tangan dan kasut sendiri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kelangsungan hidup.
6. Aktif membantu ibu bapanya di gerai minuman mereka yang terletak di Sunway dengan antara jenis air yang dijual termasuk air kelapa, coconut shake dan air kordial.
7. Bakat komedinya mula dikesan selepas persembahan nyanyiannya bersama rakan-rakan 'boy band' tergendala berikutan CD minus one yang rosak. Ketika itu dia menenangkan keadaan dengan mempersembahkan lawak jenaka kepada penonton yang hadir.
8. Kondisi gagapnya bertambah baik selepas penyertaan dalam 'stand up comedy' yang mana dia terpaksa menghafal skrip lawak agar percakapannya kedengaran lebih lancar.
9. Pernah menyertai pertandingan realiti stand up comedy, Gelak: Gempak yang bersiaran di saluran Astro Warna pada Februari 2021.
10. Kini ahli kumpulan Bahye dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
11. Pernah tular di aplikasi TikTok menerusi akaun yang diikuti lebih 27,000 pengguna, selain mengumpul 4,300 pengikut di Instagram (IG) menerusi akaun @shavshic.
  

Fakta Menarik

1. Pertuturannya tidak kedengaran gagap sewaktu menyanyi.
2. Memperoleh pendapatan dengan melakukan stand up comedy termasuk menjadi pengacara di majlis-majlis kecil.
3. Ingin menginspirasikan masyarakat yang mempunyai masalah gagap agar tidak menjadikan kekurangan itu sebagai sekatan untuk mengejar cita-cita.
4. Bakal muncul menerusi sebuah filem dengan membawa peranan sebagai watak pembantu.
   
Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan MLM 2021, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021
  
  

Gambar

shashic iewan
shashic
maharaja lawak mega 2021 583
peserta maharaja lawak
maharaja lawak mega 516
maharaja lawak 2021 561
maharaja lawak mega 2021 peserta
mlm 2021 434
peserta mlm 2021 320
kumpulan maharaja lawak mega 2021 610

Kredit foto: Instagram Shashic Iewan

  

Video

Kredit video: Shashic Iewan Gagap tapi Lawak - Gelak Gempak

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)