Oleh pada 04 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Peringkat suku akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung malam tadi meletakkan kumpulan Otai sebagai peserta yang berada di kedudukan paling bawah.

Berkonsepkan 'Artis Jemputan Bertemakan Moral' dan 'Minggu Tema KFC - Pesta Keraian', para bintang komedi pertandingan ini ditugaskan untuk mementaskan dua pusingan persembahan sketsa.

Kumpulan Tobat yang disertai Bell Ngasri, Ropie dan Ajak Shiro meraih markah tertinggi daripada juri, sekaligus dinobatkan sebagai pemenang kategori Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dengan ganjaran wang tunai berjumlah RM1000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Persaingan pentas lawak popular itu turut dibarisi kumpulan Tiro, Boro, Puteh dan Bahye.

Para peserta yang masih bertahan dihakimi oleh juri profesional tetap, Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, bersama juri misteri yang dipanggil 'Sang Bara'.

Pembahagian pemarkahan adalah berdasarkan 70% daripada juri profesional dan 30% mewakili undian online.

maharaja lawak mega 2021 204

Kredit foto: Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Suku Akhir - Minggu Kelapan

1. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 68.47%

2. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 65.92%

3. Boro (Achey, Atu, Fad) - 62.38%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 60.27%

5. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 54.59%

6. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 46.58%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir (Minggu 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 9 (Separuh Akhir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 7

Baca: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Kesemua peserta menarik nafas lega apabila tiada bintang yang diumumkan tersingkir di penghujung episod.

Sementara tema peringkat separuh akhir yang menanti mereka pada minggu hadapan pula adalah 'Entiti Props - Konti Radio' (sketsa yang menggunakan konti radio) dan 'Bersama Artis Jemputan Bertemakan Hobi' (artis jemputan terdiri daripada pelawak, pelakon komedi atau artis yang berkaitan dengan dunia lawak).

Siaran langsung MLM 2021 yang merupakan tayangan eksklusif saluran Astro Warna (CH 107) menemui penonton pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021.

Menerusi online, strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 8

Sumber:

1. MLM2021: Tak Ada Penyingkiran, Semua Kumpulan Layak Ke Separuh Akhir & Persembahan Perfect Tobat!

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)