Oleh pada 15 Oct 2021 kategori

maharaja lawak mega 191

Kredit foto: Astro Gempak

  

Penonton Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 diberi peluang untuk mengundi peserta pilihan masing-masing menerusi platform digital yang dibuka sepanjang minggu, secara online.

  

maharaja lawak 2021 580

Kredit foto: Zon Lawak

  

Undian boleh dilakukan dengan dua kaedah, sama ada di alamat laman sesawang - voting.astro.com.my/maharajalawakmega-2021 atau imbas kod QR di skrin televisyen ketika rancangan sedang bersiaran.

Sebelum mengundi, anda dikehendaki untuk log masuk dahulu menggunakan akaun Astro atau Facebook anda.

Anda dibenarkan mengundi sebanyak 20 undian setiap hari pada Sabtu hingga Khamis, manakala 50 undian pada Jumaat.

Untuk pastikan peserta pilihan anda mendapat undian secukupnya, anda dinasihatkan untuk tidak mengundi pada saat-saat akhir.

Undian dibuka sepanjang minggu, namun ditutup sebaik sahaja diumumkan pengacara di hujung rancangan.

Bagaimanapun undian akan dibuka semula sejurus selepas rancangan minggu itu tamat.

Untuk senarai nama peserta yang bertanding musim ini, baca artikel: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Saksikan persaingan sengit antara para pelawak terbaik Malaysia di MLM 2021 yang dibawakan secara 'live' dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) ke kaca TV rumah anda menerusi saluran Astro Warna (CH 107) mulai 15 Oktober 2021 pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.

Tonton secara strim di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

  

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 2

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

   

Senarai Juara Maharaja Lawak Mega

2011 - Kumpulan Osbon (Abon dan Mr Os)

2012 - Kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)

2013 - Kumpulan Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)

2014 - Kumpulan Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)

2016 - Kumpulan Bocey (Fad, Achey dan Abam)

2017 - Kumpulan Bocey (Fad, Achey dan Abam)

2018 - Kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak)

2019 - Kumpulan Puteh (Ali dan Mamak)

  

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 1

   

Sumber:

1. Zon Lawak

2. Astro Gempak

  



Hakcipta iluminasi.com (2017)