Oleh pada 02 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) adalah sebuah program pencarian bakat komedi terbaru bagi mencari generasi baharu pelawak untuk mewarnai dunia hiburan khususnya pentas lawak tanah air.

Ia juga adalah platform pencarian ahli terbaru kumpulan Sepahtu bagi melengkapkan senarai anggota sedia ada kumpulan lawak nombor satu Malaysia itu.

Selepas lebih sedekad berlalu, kini adalah masa terbaik untuk Sepahtu mendapatkan muka baharu bagi dijadikan edisi terkini kumpulan mereka.

MSYH menyenaraikan 12 peserta yang terdiri daripada penyertaan solo, duo dan trio.

Pertandingan realiti terbaharu saluran Astro Warna (CH 107) ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam bermula 2 Disember 2021.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, strim secara online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Berikut adalah 12 peserta yang bakal menghiasi pertandingan MSYH sekaligus berentap untuk mendapat tempat sebagai ahli Sepahtu yang terbaru!

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Ilya Buang (Pak Ya) Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Senarai Penuh Nama Peserta Solo, Duo, Kumpulan Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Yusra (Solo)

yusra

Sepan (Trio)

sepan

   

San (Trio)

peserta mencari sepahtu yang hilang

Takal (Trio)

mencari sepahtu yang hilang minggu

Spana (Duo)

mencari sepatu yang hilang

Arteh (Duo)

mencari sepahtu yang hilang 2021

Sebat (Duo)

mencari sepahtu yang hilang live

Gahai (Trio)

senarai peserta mencari sepahtu yang hilang

Pitu (Trio)

kumpulan mencari sepahtu yang hilang

Siji (Trio)

mencari sepahtu yang hilang astro

Muslim (Solo)

peserta solo mencari sepahtu yang hilang

   

Joned (Duo)

sepahtu yang hilang 681

Kredit foto: Instagram Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)