Oleh pada 07 Nov 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Sembilan peserta yang masih kekal, terus memberikan persaingan yang hebat dalam minggu keempat rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021).

Pertandingan yang berlangsung pada Jumaat itu dibarisi oleh kumpulan Boro, Tobat, Tiro, Otai, Puteh, 3otak, Bahye, Taici dan Cawan.

Membawakan tema seram, barisan peserta turut disertai kehadiran para penyanyi jemputan yang tidak pernah membuat kemunculan di mana-mana pentas pertandingan komedi sebelum ini.

Mereka yang dimaksudkan ialah penyanyi Mas Idayu, Liza Hanim, Apak Khalifah, Ameng Spring, Ali Masdo, Syah InTeam, Asmidar, Chelsia Ng dan Billa Najmi.

Kisah seram yang disketsakan merupakan inspirasi dari dalam mahupun luar negara.

Aspek pemarkahan peserta terletak di tangan juri profesional tetap yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Dayang Nurfaizah (menggantikan posisi Uqasha Senrose) berserta seorang juri misteri yang digelar 'Sang Bara'.

Hasil 70% markah juri profesional yang digabungkan dengan 30% undian online meletakkan carta kedudukan dan markah peserta seperti berikut:-

maharaja lawak mega 774

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Keempat

1. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 70.47%

2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 62.13%

3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 59.70%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 57.88%

5. Boro (Achey, Atu, Fad) - 55.14%

6. Taici (Chiwan, Tapai, Ilham) - 47.10%

7. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 44.48%

8. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 43.87%

9. 3Otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier, Parakash Daniel) - 41.42%

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 5

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Malangnya dengan kemaraan lapan peserta, perjalanan kumpulan 3Otak yang dianggotai Phoon Chi Ho, Farid Azmier dan Parakash Daniel terhenti setakat ini.

Manakala Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi bernilai RM1000 pula diberikan kepada kumpulan Tiro yang telah merangkulnya selama tiga minggu berturut-turut!

MLM 2021 yang bersiaran secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107), ke udara secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, tonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 4

Sumber:

1. #MLM2021ApeCiter: Tiro Buat Hatrick, Ramai Tak Sangka Ameng Sporting Pakai Lampin Atas Pentas!

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)