Oleh pada 15 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Membawa tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) musim 2021 kembali bersiaran selepas setahun 'direhatkan'.

Sebelum ini, persaingan komedi popular itu tidak diadakan pada edisi 2020 kerana memberi laluan kepada rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’.

MLM 2021 adalah penganjuran edisi yang kesembilan yang mana ia mula diperkenalkan pada tahun 2011.

maharaja lawak 2021 280

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Konsep

Para pelawak terbaik negara yang membentuk 11 kumpulan berlainan, akan berentap sesama sendiri dengan konsep tema mingguan yang berbeza, bersama tetamu jemputan. Kualiti persembahan mereka akan diadili oleh juri misteri bersama juri profesional tetap.

Produksi tahun ini bakal memberi sentuhan baharu bagi menyuntik kelainan kepada keseluruhan latar persembahan MLM 2021.

Antara suntikan segar yang diterapkan termasuk persembahan mingguan yang akan lebih banyak menggunakan khidmat selebriti jemputan berbanding musim-musim dahulu.

Artis jemputan yang turut sama menggamatkan pentas bersama peserta terdiri daripada penyanyi, pelakon, pendakwah, pakar motivasi, pempengaruh digital, atlet sukan atau figura profesional untuk tugasan yang ditetapkan pada minggu-minggu berkenaan.

Selain itu, MLM 2021 memperkenalkan ‘Anugerah Lawak Pedas’ yang merupakan pengiktirafan mingguan diberikan oleh juri profesional kepada kumpulan terbaik yang mengungguli persaingan sesebuah minggu.

maharaja lawak mega 2021 435

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Peserta

Sebanyak sebelas kumpulan mengambil bahagian dalam penyertaan tahun ini yang mana mereka terdiri daripada kumpulan duo dan trio.

Untuk senarai penuh nama peserta yang bertanding, baca artikel: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Juri

Pembaharuan yang turut dilakukan adalah kewujudan seorang juri misteri dipanggil Sang Bara (naga) yang merupakan salah seorang daripada lima juri tetap yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aspek pemarkahan.

Namun, sebagaimana tradisi MLM, identiti barisan juri profesional ini hanya akan didedahkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama.

Hanya identiti Sang Bara sahaja yang dirahsiakan sehingga peringkat akhir MLM 2021 kelak iaitu pada 17 Disember 2021.

Kemaskini: Barisan juri tetap terdiri daripada pelakon Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan penyanyi Noh Salleh (vokalis Hujan).

     

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega 2021

   

kumpulan maharaja lawak mega 2021 934

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

   

Format Penjurian

Keseluruhan pemarkahan diambil hasil gabungan markah juri tetap yang mewakili 70%, manakala 30% berdasarkan undian penonton menerusi platform digital.

Untuk mengetahui tentang cara-cara mengundi, baca artikel: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Hadiah

Wang tunai RM 500,000 menanti juara di pusingan akhir, diikuti RM 250,000 kepada naib juara.

Tempat ketiga bakal membawa pulang RM 150,000.

Tempat keempat dan kelima masing-masing meraih RM 50,000 dan RM 15,000.

Kesemua finalis akhir turut diberikan trofi sumbangan Astro.

Untuk persaingan mingguan, kumpulan terbaik setiap minggu yang menerima ‘Anugerah Lawak Pedas’ akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000 dan hamper barangan Adabi bernilai RM500.

Penaja

Jenama peranti pintar global, OPPO dan KFC ‘Sedap Hingga Menjilat Jari’ mengambil peranan sebagai Penaja Utama, bersama gandingan Adabi dan Hotlink selaku Penaja Bersama.

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

SINAR sebagai Radio Rasmi disertai GEGAR sebagai Rakan Radio. Tidak ketinggalan sama, Gempak, Zon Lawak dan Ria X mewakili Rakan Digital.

peserta maharaja lawak mega 2021 705

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

   

Tempoh Siaran

Pertandingan akan dilangsungkan dalam 10 siri episod selama sepuluh minggu berturut-turut.

    

Pengacara

Dato’ AC Mizal masih berada di posisi pengacara pentas utama.

Manakala, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir mengisi peranan hos “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM.

Turut serta, penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz yang akan berpadu sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

mlm 2021 531

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Waktu Siaran

Siaran langsung pertandingan Maharaja Lawak Mega 2021 ke udara mulai 15 Oktober 2021 di Astro Warna (saluran 107), dibawakan dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.

Tonton secara online melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Senarai Juara Maharaja Lawak Mega

2011 - Kumpulan Osbon (Abon dan Mr Os)

2012 - Kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)

2013 - Kumpulan Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)

2014 - Kumpulan Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)

2016 - Kumpulan Bocey (Fad, Achey dan Abam)

2017 - Kumpulan Bocey (Fad, Achey dan Abam)

2018 - Kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak)

2019 - Kumpulan Puteh (Ali dan Mamak)

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 2

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

   

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 1

   

Sumber:

1. Zon Lawak

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)