Oleh pada 20 Nov 2021 kategori
maharaja lawak mega 851

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

  
Minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) menyaksikan tujuh peserta terus memberikan persaingan dalam usaha melangkah ke pusingan seterusnya.
  
Pertandingan komedi berlangsung malam tadi itu bertemakan Oppo bersama tetamu jemputan terdiri daripada para atlet negara, menampilkan kumpulan Tiro, Bahye, Cawan, Tobat, Otai, Boro dan Puteh.
  
Atlet sukan negara yang terlibat termasuklah Khalid Jamlus, Roslin Hashim, Niena Azman, Sazali Samad, Jufferi Jamari, Tan Boon Heong dan Yeoh Pek Xian.
  
Empat selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor (ketua juri), Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose memegang mandat menduduki kerusi juri profesional tetap.
  
Mereka turut digandingkan bersama seorang juri misteri yang diberi nama 'Sang Bara'.
  
Format penjurian ditentukan berdasarkan pemarkahan 70% oleh barisan juri profesional dan 30% daripada undian online.
  
maharaja lawak mega 2021 395

Kredit foto: Astro Gempak

  

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Keenam

1. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 71.86%
2. Boro (Achey, Atu, Fad) - 63.49%
3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 61.02%
4. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 59.78%
5. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 57.84%
6. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 52.21%
7. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 47.80%
  
  
Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak yang menganggotai kumpulan Cawan terpaksa akur menduduki tangga terendah.
  
Ia bagaimanapun menyaksikan tiada peserta yang tersingkir di penghujung episod.
  
Sementara itu, kumpulan Puteh dipilih sebagai penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi berdasarkan markah tertinggi oleh pihak juri, sekaligus membawa pulang habuan bernilai RM1000.
  
Episod ketujuh minggu hadapan akan mencabar kreativiti para peserta untuk menjayakan sketsa bertemakan Karoot, Dikir Barat dan Props.
  
MLM 2021 disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021.
  
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan platform online iaitu aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk tontonan yang lebih fleksibel.
  
Maklumat format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021
  
  
  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)