Oleh pada 07 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

12 peserta Big Stage 2022 meneruskan persaingan dalam pertandingan yang kini memasuki minggu kedua.

Musim keempat berkenaan mempertaruhkan nama-nama popular penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) terdiri daripada Aisha Retno, Lia Aziz, Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Megat Rahim, Iqbal Zulkefli, Ajoi Zainal, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) dan Syafiq Abdilah (Brunei).

Dalam konsert kedua akan datang, bintang-bintang BBNU ini bakal membawakan lagu-lagu tugasan bertemakan Hyperbeat iaitu lagu-lagu yang berentak rancak.

Berikut lagu-lagu yang tersenarai.

big stage 906

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Kedua

1. Aisha Retno - Lalisa (Lisa)

2. Tegar Septian - Assalamualaikum (Faizal Tahir)

3. Lia Aziz - Tamparan Wanita (Kumpulan Elite)

4. Danial Chuer - Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B)

5. Elica Paujin - Impikan (Dolla)

6. Ajoi Zainal - Boneka (Ernie Zakri)

7. Tuah Adzmi - Luar Biasa (Ismail Izzani ft. Alif)

8. Yazmin Aziz - Eh (Zizi Kirana)

9. Megat Rahim - Evo (Joe Flizzow X SonaOne)

10. Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) - Aca Aca Nehi Nehi (Dadido)

11. Syafiq Abdilah - Adakah Engkau Menungguku (Naim Daniel ft. Tuju)

12. Iqbal Zulkefli - Ketahuan (Matta Band)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 1

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Big Stage 2022 menampilkan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pengendali program. Manakala penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer Ajai pula mengambil tempat di kerusi juri tetap untuk mengadili persembahan mingguan peserta.

Ke udara mulai 6 Februari 2022, Konsert Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Juga terkandung di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan online bagi pilihan yang lebih fleksibel.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)