Kredit foto: Instagram Datuk Ismail Sabri

Netizen kini dalam debaran menantikan 'wajah' kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri (PM) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, persoalan tentang identiti Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan terlerai apabila Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Seramai 220 Ahli Parlimen mengemukakan nama Perdana Menteri pilihan masing-masing menerusi surat akuan yang diserahkan kepada Istana Negara pada 18 Ogos lalu.

Sehari berikutnya, Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Parlimen untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri mendapat pencalonan daripada 114 Ahli Parlimen berkenaan yang seterusnya membawa kepada majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan.

kabinet malaysia

Kredit foto: Instagram Datuk Ismail Sabri

Kini drama politik bersambung ke babak seterusnya apabila kabinet baharu Malaysia yang mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, diumumkan.

Bukan lagi rahsia, kami kongsikan kepada anda senarai penuh Jemaah Menteri kerajaan terkini untuk tahun 2021.

Baca: Ini Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022 Pimpinan Anwar Ibrahim

Baca: Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

Senarai Terkini Barisan Menteri Kabinet Malaysia Baru 2021 Di Bawah Pimpinan Ismail Sabri

    

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan

YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa

   

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya

YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I : YB Senator Dato' Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato' Mohd Yazid

   

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

   

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri : YB Dato' Henry Sum Agong

   

Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri : YB Dato' Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia

YB Datuk Seri Saravanan Murugan

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim

   

Menteri Wilayah Persekutuan

YB Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

   

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri : YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

   

Menteri Pengajian Tinggi

YB. Dato' Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

   

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri

YB Datuk Ali Anak Biju

   

Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri I: YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

   

Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah

   

Menteri Luar Negeri

YB Dato' Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato' Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

   

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Tan Sri Noh Haji Omar

Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

   

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

   

Menteri Belia dan Sukan

YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

       

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Penyanyi Dafi, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

   

kabinet 2021

kabinet ismail

senarai kabinet

Kredit foto: Instagram Datuk Ismail Sabri

    

Kredit video: [LANGSUNG] Pengumuman Senarai Jemaah Menteri oleh PM | 27 Ogos 2021

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)