Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

     

Nina Ismail Sabri merupakan seorang usahawan dan sosialit ternama di Malaysia.

Beliau merupakan anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Anak pertama daripada empat orang adik-beradik.
  • Berumur 33 tahun (2020).
  • Lahir pada 6 April 1987.
  • Berbintang Aries.
  • Mempunyai tiga orang adik lelaki yang mana salah seorangnya adalah penyanyi dan pelakon, Dafi, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kelima.
  • Berkelulusan dalam jurusan 'Professional Communication majoring in Advertising and Marketing' daripada Lim Kok Wing University, selain memiliki Masters degree dalam bidang urus niaga daripada University of Queensland, Australia.
  • Antara lain, beliau pernah mengikuti pengajian pra-universiti di Sunway University dalam program Canadian International Matriculation Program atau CIMP.
  • Kini merupakan pengasas Peterana Kindergarten, salun Capello by Nina dan kedai kek Fluff Bakery.
  • Mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie pada Disember 2013. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @ninaismailsabri sehingga kini mencatatkan lebih 480,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Bertubuh genit.
  • Tidak gemar solekan tebal.
  • Mesra disapa dengan nama panggilan Nina.
  • Gemar mengumpul tas tangan sebagai koleksi peribadi, selain shot glass dan botol syampu hotel dari serata dunia (sewaktu mengembara).
  • Gemar mengembara bersama suaminya iaitu sebanyak kira-kira tiga kali setahun.
  • Menjadikan komunikasi sebagai kunci utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
  • Mendapat kebebasan daripada suami untuk bergaya mengikut citarasanya sendiri.
  • Menamatkan zaman persekolahan menengah setahun lebih awal berikutan beliau adalah pelajar lulusan Penilaian Tahap Satu (PTS).
  • Bapanya pernah mencadangkan agar beliau mengikuti pengajian undang-undang, namun minatnya lebih menjurus ke arah bidang pengiklanan dan pemasaran.
  • Pernah berkhidmat di Bloomingdales Advertising selama enam bulan.

   

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Penyanyi Dafi, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi Yang Ramai Tak Tahu!

Foto

nina sabrina ismail sabri

nina sabrina ismail

anak ismail sabri yaakob

kakak dafi

isteri ismail sabri yaakob

keluarga ismail sabri yaakob

menantu ismail sabri

nina ismail sabri

sabri yaakob

jovian mandagie

Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

    

Video

Kredit video: Kenal Ke? Bersama Jovian Mandagie & Nina

    

Sumber:

1. Jovian Mandagie Bergelar Bapa, Nina Ismail Sabri Selamat Lahir Bayi Perempuan

2. Nina Ismail Sabri Merungkai Dunia Perniagaan Dengan Cara Sendiri

3. Bijak, kreatif atur perniagaan

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)