Oleh pada 19 Aug 2021 kategori

Kredit foto : Bharian

Selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di ketika negara kita masih bergelut dengan pandemik COVID-19, teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas sebagai peneraju negara masih telah terjawab.

Beberapa nama ahli parlimen menjadi bualan masyarakat dan sesetengahnya mendapat sokongan yang agak kuat dari banyak pihak, namun setelah mendapat majoriti, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan biodata ringkas Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kehidupan awal dan pendidikan

dato sri ismail sabri ketika muda

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960, Datuk Seri Ismail Sabri mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967.

Beliau kemudiannya menyambungkan pengajian di Sekolah Menengah Air Putih di Kuantan pada tahun 1973, Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada tahun 1976 dan pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik.

Datuk Seri Ismail Sabri melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang di mana tajuk bagi tesis Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) beliau adalah "Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia".

Memulakan kerjaya sebagai seorang peguam pada tahun 1985 di usia 25 tahun, Datuk Seri Ismail Sabri kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada tahun 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada tahun 1996.

dato sri ismail sabri dan keluarga

Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik.

Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tenggara Pahang (DARA) pada tahun 1995 dan Ahli Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama.

Sebelum memasuki Parlimen pada tahun 2004, Datuk Seri Ismail Sabri berkhidmat sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara. 

Kerjaya politik Datuk Seri Ismail Sabri

biodata dato sri ismail sabri yaakob

Pada tahun 1987, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh. Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh.

Melihat kredibiliti yang dimilik, beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian pada tahun 1993, TImbalan Ketua Bahagian pada tahun 2001 dan akhirnya menjadi Ketua Bahagian UMNO Temerloh pada tahun 2004 di usia 44 tahun.

image 822

(Keputusan pilihan raya melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri)

Datuk Seri Ismail Sabri terpilih ke Parlimen pada pilihan raya 2004, menjadi ahli parlimen pertama untuk kerusi baharu iaitu Bera. 

Pada pilihan raya tahun 2008, beliau sekali lagi dipilih dan dilantik sebagai dalam Kabinet Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (2008-2009).

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Najib Razak pada April 2009, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2009-2013).

ismail sabri dan muhyiddin yassin

(Kredit gambar: The Star)

Selepas pilihan raya umum 2013 di mana beliau mengekalkan kerusi parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan kemudiannya berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan (2015-2018).

Pada Mac 2020, beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Kanan Malaysia (kluster keselamatan) dan Menteri Pertahanan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Julai 2021, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sambil mengekalkan jawatan penting sebagai Menteri Pertahanan.

dato sri ismail sabri menteri pertahanan

(Kredit gambar: New Straits Times)

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan beliau sebagai Menteri Kanan Malaysia (kluster keselamatan). 

Pengunduran Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 menyebabkan kabinet juga dibubarkan.

Dengan berkhidmat selama 40 hari, Datuk Seri Ismail Sabri merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia paling singkat dalam sejarah negara.

Anugerah dan gelaran

dato sri ismail sabri menerima anugerah darjah gemilang seri melaka

(Kredit gambar: Kosmo)

Melaka 

  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
  • Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)

Pahang

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
  • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)

Sabah

  • Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

Rujukan:

1. Parlimen

2. Bharian

3. Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)