Kredit foto: Instagram Nashriq Ismail Sabri

 

Siapa Nashriq Ismail Sabri? Beliau adalah anak kepada Perdana Menteri (PM) Malaysia yang kesembilan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Cahaya mata ketiga dalam keluarga ini merupakan hasil perkongsian hidup Ismail Sabri dan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang turut dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Nina Sabrina, Gadaffi (Dafi) dan Iqbal.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh Nashriq bin Ismail Sabri.

2. Dikenali umum dengan nama Nashriq Ismail Sabri.

3. Dilahirkan pada 10 Ogos 1992 dan kini berumur 29 tahun (2021).

4. Berasal dari Kuala Lumpur. Kediamannya juga terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

6. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur dan menyambung pengajian di PJ College of Art & Design (PJCAD), Petaling Jaya, Selangor.

7. Berkahwin dengan Shella Faeiz yang juga seorang usahawan pada Mac 2016.

8. Akaun Instagram peribadinya, @nashriqismailsabri kini diikuti lebih 28,000 pengguna.

Fakta Menarik

1. Bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

2. Abangnya, Dafi adalah bekas peserta program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim kelima yang juga aktif sebagai penyanyi dan pelakon. Kakaknya, Nina Sabrina seorang usahawan dan sosialit ternama.

3. Abang iparnya, Datuk Jovian Mandagie (suami Nina Sabrina) dikenali sebagai pereka fesyen tanah air.

4. Nashriq mengusahakan perniagaan syarikat The Baked Sdn Bhd yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan, selain berkhidmat sebagai presiden badan bukan kerajaan (NGO) Suara Haiwan Malaysia.

5. Dalam bidang politik, beliau memegang peranan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bera.

6. Pernah berdepan masalah berat badan, beliau kini berjaya menurunkan beratnya dari 75 kilogram (kg) ke 66 kg.

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Penyanyi Dafi, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

Gambar

nashriq ismail sabri ig

muhaini zainal abidin

Sewaktu kecil bersama dengan ibunya, Muhaini Zainal Abidin

ismail sabri 32

Ayahnya, Ismail Sabri kini Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke 9 menggantikan posisi Tan Sri Muhyiddin Yassin

anak ismail sabri 813

Abang Nashriq, Dafi merupakan bekas pelajar rancangan realiti, Akademi Fantasia 5 (AF5) yang dikenali dengan lagu Bila Terasa Rindu dan tagline 'Baik Punya'!

ismail sabri yaakob 348

keluarga ismail sabri

anak anak ismail sabri 719

isteri ismail sabri

shella faeiz

Bersama isteri, Shella Faeiz

nina ismail sabri 609

Bersama kakak, Nina Sabrina

    

Kredit foto: Instagram Nashriq Ismail Sabri

Video

Kredit video: "One Man Band" By Nashriq Bin Ismail Sabri

Sumber:

1. Instagram Nashriq Ismail Sabri

2. Facebook Nashriq Ismail Sabri




Hakcipta iluminasi.com (2017)