pegawai menteri rekod tugas menteri

Kami pernah menyenaraikan beberapa informasi yang jarang didedahkan kepada orang ramai secara terperinci berkaitan dengan pendapatan dan faedah yang diperolehi oleh penjawat awam berstatus Menteri, Ahli Parlimen serta ahli Dewan Negara yang bertanggungjawab menggubal serta mewujudkan akta pentadbiran negara kita.

Walau bagaimanapun, rasa ingin tahu masyarakat seakan tidak henti-henti dan daripada beberapa maklum balas yang kami terima, ada ramai di luar sana yang tertanya-tanya berapakah perbelanjaan yang akan digunakan oleh seorang Menteri dan Timbalan Menteri setiap bulan, dalam perihal lantikan pegawai-pegawai khas.

Perkara ini menjadi hangat semasa pertukaran kerajaan dalam tahun 2018 selepas banyak pihak mendedahkan pendapatan lumayan yang diperuntukkan bagi pegawai bersifat lantikan politik.

Struktur perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri

lantikan pegawai menteri

Bagi memahami bagaimana lantikan pegawai dilakukan oleh seorang menteri, kita perlu tahu tentang format lantikan yang dibenarkan. Wujud dua skim perjawatan yang dibenarkan untuk digunakan sebagai skim lantikan - sama ada lantikan tetap dan lantikan terbuka.Lantikan tetap melibatkan penjawat awam yang berada dalam skim perkhidmatan, sama ada melalui kaedah peminjaman, pertukaran sementara atau dengan cara penempatan khas mengikut tempoh yang telah dipersetujui.

Sementara itu wujud beberapa jawatan lain yang dikategorikan di bawah kategori perjawatan secara terbuka, di mana penjawat awam yang akan mengisinya boleh dipilih daripada kalangan penjawat awam dalam perkhidmatan atau bukan dari kalangan pegawai penjawat awam. Sekiranya lantikan melibatkan orang luar, perjawatannya akan dikira sebagai lantikan kontrak atau dalam bahasa kebanyakannya, lantikan bersifat politik.

Setiap Menteri dan Timbalan Menteri akan diberikan kuota khas pegawai yang boleh dilantik, dengan hanya 3 jawatan dibenar untuk pengambilan terbuka - Pegawai Tugas-Tugas Khas Gred 54, 2 jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas Gred 48/52 dan 1 jawatan Setiausaha Akhbar Gred 48, 52 atau 54.

Secara amnya, semua Menteri dibenarkan melantik 10 orang pegawai dan pembantu, Timbalan Menteri pula dibenarkan melantik 5 orang pegawai pembantu - menjadikan jumlah keseluruhan Pegawai dan Pembantu yang bertindak sebagai rombongan Menteri dan Timbalan Menteri untuk satu-satu Kementerian adalah seramai 15 orang.

Kelayakan untuk naik menjadi seorang Pegawai Menteri

elaun pendapatan pegawai khas

Bagi setiap jawatan Pegawai Menteri yang dipilih daripada penjawat awam dalam perkhidmatan, kuasa untuk melantik penjawat awam akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam namun boleh ditentukan sendiri dengan kaedah penempatan khas, sekiranya Ketua Perkhidmatan mengarahkan pertukaran, peminjaman atau penempatan khas dijalankan.

Untuk calon lantikan perjawatan terbuka, semua calon yang dirasakan layak perlulah mendapat kelulusan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri, sebelum dibenarkan mengisi jawatan yang ada. Pihak Menteri perlu menyenaraikan cadangan individu yang diinginkan, beserta CV calon, maklumat berkaitan calon, salinan kelayakan akademik serta laporan kesihatan calon.

Semua calon yang diterima oleh YAB Perdana Menteri layak untuk ditukarkan kepada mana-mana jawatan terbuka lain, selagi mana dia kekal berkhidmat. Hanya sekiranya dia ditamatkan berkhidmat selepas 6 bulan, barulah permohonan baru untuk jawatan terbuka perlu dibuat semula dan kelulusan YAB Perdana Menteri menjadi syarat kembali.

Secara amnya, semua lantikan sebagai Pegawai Menteri atau Timbalan Menteri masih memerlukan kelulusan pendidikan sarjana muda dengan kepujian bagi jawatan gred 41 ke atas, disahkan mempunyai kemahiran berfikir yang analitikal, mahir membuat keputusan, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Berapakah pendapatan seorang Pegawai Menteri sebulan?

pameran kempen sayangi sawitku dihadiri oleh yab perdana menteri tun dr mahathir mohamad di bangunan parlimen kuala lumpur 14 20190409 1101906529

Sampai kepada topik yang menjadi pertanyaan ramai di Iluminasi - berapakah kadar pendapatan yang dibayar untuk seorang Pegawai Menteri dan Timbalan Menteri?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu juga tahu gred-gred perjawatan Pegawai Menteri berbeza-beza, jadi untuk memudahkan penerangan - kami sertakan tangga gaji minimum yang akan diperuntukkan kepada Pegawai berdasarkan kepada jawatan, status lantikan dan bentuk lantikan mereka.

a. Setiausaha Sulit Kanan (lantikan dalam perkhidmatan)

Gred M54Gred M52Gred M48
Gaji6,93106,5495,908
ITP900700700
ITK800600550
JumlahRM8,630RM7,849RM7,158

b. Pegawai Tugas-Tugas Khas (lantikan terbuka)

Gred 54Gred 52Gred 48
Gaji6,93106,5495,908
ITP900700700
ITK800600550
JumlahRM8,630RM7,849RM7,158

c. Setiausaha Akhbar (lantikan terbuka)

Gred 54Gred 52Gred 48
Gaji6,8096,4375,804
ITP900700700
ITK800600550
JumlahRM8,509RM7,737RM7,054

Dalam perjawatan, hanya individu berstatus Menteri akan dibenarkan melantik Pegawai dari kalangan penjawat awam gred 54 dan setiap Timbalan Menteri akan dibenarkan melantik Pegawai dari Gred 52.

Setiap Menteri dan Timbalan Menteri diberikan pilihan untuk melantik individu yang dirasakan layak ke jawatan-jawatan yang ada, asalkan kuota lantikannya tidak melebihi jumlah yang dibenarkan.

pegawai khas menteri kewangan

Jadi adalah biasa untuk kita mendengar seorang Menteri mempunyai 3 orang Pegawai Tugas-Tugas Khas kerana ada 3 jawatan berdasarkan gred berbeza (54,52 dan 48) yang boleh disi dengan seorang lagi pegawai akan dilantik sebagai Setiausaha Akhbar. Ada juga Menteri yang langsung tidak melantik Pegawai Tugas-Tugas Khas, sebaliknya hanya bergantung dengan kumpulan setiausaha yang ada. Siapa Menteri itu?

Agak lumayan juga gaji yang dibayar bagi menjadi Pegawai kepada Menteri dan Timbalan Menteri ya?

Dengan pendapatan selumayan itu, kami harapkan agar semua individu yang dilantik bekerja sehabis baik dan tidak mensia-siakan dana cukai yang dibayar seluruh rakyat Malaysia - agar negara kita mampu menuju ke arah yang lebih baik.

Rujukan

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2018 (PDF)



Hakcipta iluminasi.com (2017)