Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi sebutan dengan terma ‘bapa Dafi’ ini di media sosial semakin menjadi tumpuan ramai selepas pelantikannya menyandang jawatan Perdana Menteri (PM) negara bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tidak hanya dia, isteri dan anak-anaknya turut terpalit sama mencuri perhatian kerana rata-rata mereka yang mempunyai nama dan berjaya dalam lapangan bidang masing-masing.
Artikel ini akan membawa anda berkenalan dengan lebih rapat bersama keluarga Ismail Sabri yang cukup dekat di hati rakyat ini, berikutan sikap merendah diri yang semulajadi dimiliki mereka.
Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri
1. Barangkali ada yang tidak tahu, Ismail Sabri adalah anak bongsu dalam keluarga. Beliau mempunyai enam orang adik beradik serta dipanggil dengan gelaran 'Paksu' dalam keluarga, berbeza sama sekali dengan panggilan rakyat yang menamakannya sebagai 'Pak Long Mail' dan 'Tok Mail'.
Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie
2. Beliau yang berkongsi hidup dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin telah dianugerahkan empat orang anak iaitu Nina Sabrina, Gadaffi (Dafi), Nashriq dan Iqbal.
Adik beradik. Dari kiri: Iqbal, Nashriq, Nina Sabrina dan Dafi. Dafi dikenali sebagai penyanyi lagu Bila Terasa Rindu dan popular menerusi tagline 'Baik Punya'
Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri
3. Keluarga ini mempunyai lebih 20 ekor kucing di kediaman mereka berikutan sikap Muhaini yang cukup cintakan haiwan dan gemar menyelamatkan kucing jalanan bagi dipelihara di rumah.
Kredit foto: Instagram Ismail Sabri
4. Ismail Sabri menganggap isterinya sebagai seorang yang sentiasa berada bersama-sama dengannya dalam susah mahupun senang sejak mula-mula mereka berkenalan iaitu ketika Ismail masih di usia 19 tahun.
Kredit foto: Instagram Ismail Sabri
5. Tidak pernah memarahi anak-anak.. Ismail melayan cahaya matanya seperti sahabat baik sendiri dan sentiasa terbuka membicarakan apa sahaja, walaupun hal yang berkaitan dengan soal cinta!
Nina Sabrina (umur 34) bersama ayahnya, Ismail Sabri. Nina berkahwin dengan pereka fesyen popular, Jovian Mandagie
Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri
6. Meletakkan keluarga sebagai keutamaan nombor satu, kesibukan dalam dunia bisnes dan politik tidak menjadi penghalang untuk Ismail mencuri masa bagi melakukan aktiviti berkumpul bersama-sama dengan keluarga.
Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri
7. Muhaini dikatakan Sabri sebagai seorang yang tidak gemar berada di bawah lampu 'spotlight' hinggakan dirinya jarang dilihat di mana-mana kerana isterinya itu seorang yang sangat simple.
8. Sebarang bentuk majlis seperti hari lahir, hari ibu dan hari bapa diraikan mereka dengan hanya penglibatan anggota keluarga sahaja tanpa tetamu luar.
Kredit foto: Instagram Ismail Sabri
9. Nashriq menyifatkan kakaknya, Nina Sabrina sebagai kakak sulung yang bersifat pelindung kepada adik-adik lelakinya yang lain.
10. Menantu Ismail Sabri, Shella Faeiz yang merupakan isteri kepada Nashriq, mewujudkan syarikat The Baked Sdn Bhd dalam usaha menghasilkan jenama-jenama produk berkonsepkan kecantikan dan kesihatan.
Keluarga Datuk Ismail Sabri
Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie
Video: 21 JUN 2020 SPM – ISTIMEWA HARI BAPA
Sumber: