Kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim

  

Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas dilihat memasuki Istana Negara, pagi tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dipercayai telah membentangkan senarai Jemaah Menteri untuk perkenan Seri Paduka.

Teka-teki siapa bakal Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh itu sebelum ini telah terjawab apabila Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 24 November lalu.

Anwar menerima 49,625 undi dengan majoriti 3,736 undi sebelum memenangi kerusi Parlimen Tambun, sekaligus menyingkirkan pesaing utamanya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

Ahmad Faizal selaku penyandang kerusi memperoleh 45,889 undi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah dengan 28,140 undi dan calon PEJUANG, Abdul Rahim Tahir dengan 1,115 undi.

Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) pada 19 November menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua); Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat / KDM (satu).

Kini tumpuan seterusnya adalah pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar.

Berikut kami kongsikan senarai penuh Jemaah Menteri kerajaan terkini.

  

Baca: Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru 2021 Di Bawah Pimpinan Ismail Sabri

  

Senarai Barisan Menteri Kabinet Terkini Kerajaan Perpaduan Di Bawah Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim

2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

3. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan Dan Komoditi - Datuk Seri Fadillah Yusof

4. Menteri Pengangkutan - Look Siew Fook

5. Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu

6. Menteri Ekonomi - Mohd Rafizi Ramli

7. Menteri Pembangunan, Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming

8. Menteri Pertahanan - Mohamad Haji Hasan

9. Menteri Kerja Raya - Alexander Nanta Linggi

10. Menteri Dalam Negeri - Saifuddin Nasution Ismail

11. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

12. Menteri Pendidikan Tinggi - Mohamed Khaled Nordin

13. Menteri Sains Dan Teknologi - Chang Lih Kang

14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat - Nancy Shukri

15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Salahuddin Ayub

16. Menteri Undang Undang Dan Reformasi Institusi - Azalina Othman

17. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim - Nik Nazmi Nik Ahmad

18. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi - Ewon Benedick

19. Menteri Luar Negeri - Zambry Abd Kadir

20. Menteri Pelancongan - Tiong King Sing

21. Menteri Komunikasi Dan Digital - Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

22. Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek

23. Menteri Perpaduan Negara - Ago Anak Dagang

24. Menteri Agama - Mohd Na’im Haji Mokhtar

25. Menteri Belia Dan Sukan - Yeoh Tseow Suan

26. Menteri Sumber Manusia - Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

27. Menteri Kesihatan - Dr Zaliha Mustafa

28. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) - Armizan Mohd Ali

    

Senarai Timbalan Menteri

1. Timbalan Menteri Kewangan

- Datuk Seri Ahmad Maslan

- Steven Sim Chee Keong

  

2. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

- Datuk Rubiah Wang

  

3. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

- Siti Aminah Aching

  

4. Timbalan Menteri Pengangkutan

- Hasbi Habibullah

  

5. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

- Chan Fong Chin

  

6. Timbalan Menteri Ekonomi

- Datuk Hanifah Hajar Taib

  

7. Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

- Akmal Nasrullah Mohd Nasir

  

8. Timbalan Menteri Pertahanan

- Adly Zahary

  

9. Timbalan Menteri Kerja Raya

- Datuk Abdul Rahman Mohamad

  

10. Timbalan Menteri Dalam Negeri

- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

  

11. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

- Liew Ching Tong

  

12. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

- Datuk Seri Yusuf Apdal

  

13. Timbalan Menteri Sains dan Teknologi

- Datuk Arthur Joseph Kurup

  

14. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

- Aiman Athirah Sabu

  

15. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

- Fuziah Salleh

  

16. Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi

- Ramkarpal Singh

  

17. Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

- Datuk Sri Huang Tiong Sii

  

18. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

- Saraswathy Kandasami

  

19. Timbalan Menteri Luar Negeri

- Datuk Mohamad Alamin

  

20. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

- Khairul Firdaus Akbar Khan

  

21. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital

- Teo Nie Ching

  

22. Timbalan Menteri Pendidikan

- Lim Hui Ying

  

23. Timbalan Menteri Belia dan Sukan

- Adam Adli

  

24. Timbalan Menteri Sumber Manusia

- Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

  

25. Timbalan Menteri Kesihatan

- Lukanisman Awang Sauni

  

26. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

- Datuk Wilson Ugak Kumbong

   

Kredit video: Pengumuman Senarai Anggota Kabinet oleh YAB PM (2 Disember 2022)

   

anwar kabinet

kabinet 2022

senarai kabinet 797

kabinet menteri

Kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)