Alumni program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim kelima, penyanyi Dafi kembali meledak selepas pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-9.

Berkecimpung dalam nyanyian arus perdana selama 13 tahun, Dafi menjenamakan dirinya sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara.

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik mengenai beliau yang ramai di kalangan para peminatnya tidak tahu!

dafi ismail 893

Bekas peserta Akademi Fantasia musim 5 (AF5) ini terkenal dengan tagline 'Baik Punya'

    

10 Fakta Dafi, Anak Dato Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri Malaysia)

1. Dafi merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik.

dafi af 25

Antara lagu yang mempopularkan namanya termasuk single Bila Terasa Rindu, Adinda dan Girl

       

2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

dafi af biodata

Nama Dafi meledak selepas ayahnya, Dato Sri Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM Malaysia

    

3. Pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah butik ternama selepas menamatkan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

dafi ismail sabri 689

Menganggap kedudukan bapanya tidak bermaksud dia layak mendapat layanan yang istimewa

        

4. Membahasakan bapanya dengan gelaran 'papa'!

dafi 536

5. Masih menetap serumah dengan kedua ibu bapanya.

    

ismail sabri

Tiga adik beradik Dafi yang lain ialah Nina Sabrina, Nashriq dan Iqbal

    

6. Bapanya yang sibuk dengan rutin kerja, masih meluangkan masa dua atau tiga kali seminggu bersama-sama dengan keluarga. Malah sesibuk manapun keluarga ini tetap akan berkumpul bersama, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

      

anak anak ismail sabri 585

Bersama adik bongsunya, Iqbal

    

7. Pernah menjadi 'hamba' kepada beberapa jenis ubat kurus selama tujuh tahun gara-gara malu dilabel 'gemuk'.. Pengambilan dos berlebihan mengundang bahaya hingga dia ditegur doktor!

    

8. Atas nasihat pakar, Dafi telah beralih kepada penyertaan dalam kelas seni bela diri Muay Thai sebagai alternatif menurunkan berat badan.

anak ismail sabri 253

9. Berbicara soal jodoh, Dafi mengidamkan isteri atas pilihannya sendiri tanpa melibatkan campur tangan daripada keluarga. Bercadang mengenal hati budi pasangan pilihan berdasarkan kriteria yang dicarinya sendiri.

10. Penglibatan dalam dunia seni hiburan pula terikat dengan nasihat bapanya yang melarang dia pulang ke rumah selepas pukul 12 malam. Dafi juga tidak dibenarkan bergambar sesuka hati seperti melibatkan 'pose' dalam kolam renang untuk menjaga nama baik keluarga.

     

Untuk biodata asas beliau, anda boleh baca artikel: Biodata Penyanyi Dafi, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

ismail sabri yaakob 94

dafi sabri

Kredit foto: Instagram Dafi & Facebook Dafi

Sumber:

1. Saya bernafas pun boleh jadi satu kesalahan – Dafi

2. Ismail Sabri jadi TPM, Dafi yakin kemampuan bapa

3. Sentiasa percaya pada rezeki

4. 'Pak Long Mail' sebenarnya Paksu

5. 'RM30,000 Bukan Duit Ayah' - Dafi

6. Tujuh Tahun Dafi Jadi Hamba Ubat Kurus

7. Dafi: Saya Tak Nak Perkahwinan Yang Diatur...




Hakcipta iluminasi.com (2017)