Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie

    

Datuk Jovian Mandagie merupakan seorang usahawan dan pereka fesyen ternama di Malaysia.

Beliau adalah menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta suami kepada usahawan dan sosialit, Nina Sabrina Ismail Sabri.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Jovian Mandagie atau Mohd. Ridhwan (nama Islam).
  • Berumur 34 tahun (2020).
  • Dilahirkan di Indonesia pada 6 Jun 1986 - membesar di Kuala Lumpur.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Fesyen dan Peruncitan daripada Universiti LimKokWing.
  • Kini bergelar pemilik butik terkenal, Jovian Flagship Store.
  • Mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan sosialit, Nina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013 dan sehingga kini pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Jeanelle Nika Mandagie yang dilahirkan pada 1 November 2017.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @jmandagie mencatatkan lebih 614,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Abang ipar kepada penyanyi dan pelakon, Dafi iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kelima.
  • Tidak pernah menyimpan impian untuk bergelar usahawan dalam bidang fesyen sewaktu awal kariernya.
  • Menukar pengajian daripada jurusan seni bina kepada bidang fesyen ketika menuntut di Universiti Lim Kok Wing, tanpa diketahui ibunya yang pada awalnya membantah.
  • Menganggap dunia fesyen menjadikan dirinya seorang yang lebih kreatif.
  • Menyifatkan perkembangan pantasnya dalam bidang fesyen adalah berikutan dirinya mengetahui apa yang diinginkan, sekaligus meletakkannya untuk sentiasa berada di landasan yang betul.
  • Memulakan bisnes pada 2006 dengan hanya bermodalkan wang ibunya sebanyak RM5,000 dan hasil wang simpanannya sendiri, termasuk sebuah mesin jahit, meja kecil dan seorang pekerja.
  • Beliau yang asalnya melakukan pemasaran dengan bergerak dari rumah ke rumah dalam tempoh setahun, akhirnya mengupah 40 orang pekerja serta mengembangkan perniagaan hingga ke luar negara.
  • Mula mengusahakan koleksi pakaian siap dipakai atau ready-to-wear (RTW) sejak 2012.
  • Menjadi pereka fesyen pertama yang menghasilkan pakaian sedia dipakai untuk jualan dalam talian Zalora dan FashionValet.
  • Diangkat sebagai Pereka Fesyen Terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix.
  • Antara lain, beliau pernah memegang peranan sebagai pengacara program Mahligai Cinta siaran TV3 iaitu sebuah rancangan yang berkisar tentang persiapan perkahwinan.
  • Mengidolakan pereka Valentino dan Lee Alexander McQueen.
  • Menjadikan aktiviti membaca sebagai hobinya.

    

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Penyanyi Dafi, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

jovian mandagie 613

nina ismail sabri 951

menantu ismail sabri 808

jovian

jovian mandagie menantu menteri

ismail sabri yaakob 935

instagram jovian mandagie

datuk jovian mandagie

wikipedia jovian mandagie

jovian mandagie wife  

Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie 

    

Video

Kredit video: 10 Quickies with Datuk Jovian Mandagie

    

Sumber:

1. “Antara saya dan Datuk Seri, beliau lagi berani” - Menantu dedah menteri ‘very adventurous’, siapa 2 individu di sebalik baju ‘sedap’ Ismail Sabri?

2. Tak Terpilih Masuk IPTA? Nah! 5 Tokoh Usahawan Selebriti Ini Dari Kolej Swasta

3. Jovian Mandagie Selesa Bergelar Pengacara

4. "If She Is The One For Me..." - Jovian Mandagie Dedah Cerita Sebelum Nikah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)