menteri kabinet 2020

      

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Perkara itu didedahkan dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan pagi tadi.

Sehubungan itu, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Kabinet pada pukul 5 petang ini di pejabatnya.

     

kabinet menteri 2020

     

"Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya," petikan kenyataan ringkas itu berbunyi.

Sebelum ini, lanjutan beberapa krisis politik negara diikuti peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu, membawa kepada perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac lalu.

Pengumuman jemaah menteri ini sekaligus menamatkan teka-teki tentang menteri kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional selepas berakhirnya pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Berikut dikongsikan senarai penuh Jemaah Menteri 2020.

     

Senarai Menteri Kabinet 2020

    

1. Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri

YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai

senator)

    

2. Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

    

3. Menteri Kewangan

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik

sebagai senator)

Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri

Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

    

4. Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya

YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

    

5. Menteri Kanan - Menteri Pendidikan

YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik

sebagai senator)

Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

    

6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

    

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)

YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid 

    

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan

Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

    

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik

sebagai senator)

Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

   

10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan

Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

    

11. Menteri Pengangkutan

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

    

12. Menteri Alam Sekitar

YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan

dilantik sebagai senator)

   

13. Menteri Sumber Manusia

YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan

Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

    

14. Menteri Wilayah Persekutuan

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar 

   

15. Menteri Wanita dan Keluarga

YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

    

16. Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

   

17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli

YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

   

18. Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji

Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

    

19. Menteri Kesihatan

YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

    

20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

    

21. Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

    

22. Menteri Luar Negeri

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

    

23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna

YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

    

24. Menteri Komunikasi dan Multimedia

YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

    

25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Hajah Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

    

26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

    

27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj

Samsudin

    

28. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

    

29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

    

30. Menteri Perpaduan Negara

YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

    

31. Menteri Belia dan Sukan

YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal

(akan dilantik sebagai senator)

    

Kredit video: Sidang Media Pengumuman Jemaah Kabinet

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)