Oleh pada 12 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Maaf Tak Indah merupakan sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel karya Emy Roberto yang menampilkan gandingan Azar Azmi dan Azlee Khairi.

Siri arahan Zamri Zakaria ini bakal memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 12 Februari 2020, jam 10 malam bagi menggantikan drama Camelia.

     

Baca: Biodata Pelakon Azlee Khairi

    

sinopsis maaf tak indah

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Syazan enggan menerima kehadiran anak dalam rumah tangganya, namun bertentangan dengan pendirian suaminya, Raimie yang begitu mahukan zuriat.

Kerana itu, Syazan hampir kehilangan anak yang dikandung akibat tindakannya sendiri.

Ketika dia mula sedar, semuanya sudah terlewat.

Kebahagiaan perkahwinan yang dikecapi musnah apabila Raimie angkat kaki membawa diri bersama anak mereka.

Lima tahun berlalu dan mereka dipertemukan semula sambil dibayangi memori silam.

Syazan menyimpan kerinduan yang mendalam untuk bertemu semula dengan anaknya di bawah jagaan Raimie walaupun tahu ia mustahil untuk ditunaikan, apatah lagi dia juga menyimpan rahsia yang akhirnya sampai ke pengetahuan Raimie.

    

Baca: Biodata Pelakon Azar Azmi

     novel maaf tak indah

Kredit foto: Instagram Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Azar Azmi dan Azlee Khairi, bersama barisan pelakon pembantu seperti Ruhainies, Fizo Omar, Aida Khalida, Cassia Iman, Melanie Tan, Didie Alias, Mustapha Kamal, Zuhayr, Pauline Tan dan Zulkifli Ismail.

    

Baca: Biodata Pelakon Ruhainies

Baca: Biodata Pelakon Fizo Omar

    

pelakon maaf tak indah

Kredit foto: Instagram Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Zamri Zakaria yang sebelum ini dikenali menerusi siri Seribu Rindu, Cinta Tanpa Henti, Puteri Yang Ditukar, Semerah Cinta Humairah dan Syurga Yang Kedua.

Di bawah terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd.

     

Kredit video: Maaf - Adira Suhaimi (Official Lyric Video)

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Maaf

Penyanyi: Adira Suhaimi

     

maaf tak indah episod

Kredit foto: Instagram Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

    

Waktu Siaran

Bersiaran sebanyak 18 episod mulai 12 Februari 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

    

Kredit video: Di Sebalik Tabir Maaf Tak Indah

     

Kredit video: Maaf Tak Indah (2020) Episod 1

    

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Maaf Tak Indah

2. Wikipedia Slot Samarinda

3. Goodreads Novel Maaf Tak Indah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)