Oleh pada 26 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Syerinie Myra

   

Drama Dia Yang Ku Cinta adaptasi karya novel oleh Indah Hairani arahan Along Kamaluddin bakal menemui peminat drama melayu menerusi slot Samarinda mulai 26 November ini.

Diterajui oleh pelakon baharu Syerinie Myra, bersama Sharnaaz Ahmad, Luqman Hafidz dan ramai lagi.

   

drama dia yang ku cinta 309

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Selepas ibu kandungnya meninggal dunia, Cempaka Amna dan adiknya, Iman Idham berpindah ke rumah bapa tiri mereka, Tuan Khalid.

Namun isteri Khalid, Puan Marhanna dan Lara Andrew (anak Marhanna) menyimpan rasa benci yang mendalam pada Cempaka Amna.

Abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafidz Andrew pula bagaimanapun bersikap sebaliknya, malah dalam diam menaruh hati terhadap Cempaka Amna.

Cempaka Amna yang tidak tahan dengan kebencian melampau Puan Marhanna dan Lara Andrew, akhirnya bertindak melarikan diri daripada rumah.

Cempaka Amna kemudiannya bertemu Luqman, seorang jurutera yang memberi ruang kebahagiaan dalam hidupnya, namun dalam masa sama dia turut terikat dengan cinta Hafidz Andrew.

    

novel dia yang ku cinta 548

Kredit foto: Instagram MindOrder Management

   

Pelakon

Dijayakan Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz sebagai tunjang utama, bersama barisan pelakon pembantu seperti Siti Khadijah, Afieq Shazwan, Riena Diana, Catriona Ross, Sabrina Ali, Jovi Heng, Izzy Reef, Arash Mohd, Zila Bakarin, Watie Sadali, Dato' Shahrezza, Ruminah Sidek, Da'i Izzhar Nazri, Qistina Raisah, Khalida Balqis, Silfeni Osman dan ramai lagi.

    

dia yang ku cinta episod

Kredit foto: Instagram Drama / Filem Adaptasi Novel

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan produksi A. Aida Production dan karya daripada pengarah Along Kamaluddin yang sebelum ini bertanggungjawab menggarap beberapa naskhah popular seperti Andainya Takdir, Utusan Cinta Buat Adam, Terbaik Dariku, Semua Salahku dan Cinta Elysa.

    

Kredit video:   Ernie Zakri - Ku Bersuara [Official Music Video]

    

Lagu Tema (OST)

Menggunakan runut bunyi daripada penyanyi Ernie Zakri menerusi single terbaharunya, Ku Bersuara, ciptaan bersama Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

    

biodata syerinie myra 865

   

Waktu Siaran

Dia Yang Kau Cinta bakal memulakan siaran pada 26 November 2019 di Slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    

pelakon dia yang ku cinta 672

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Dia Yang Ku Cinta

    

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Dia Yang Ku Cinta

2. Wikipedia Dia Yang Ku Cinta

3. Wikipedia Slot Samarinda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)