Oleh pada 21 Aug 2019 kategori

drama hilang yang kembali

Kredit foto: Instagram Nafiz Muaz

    

Drama Hilang Yang Kembali terpilih sebagai karya terbaharu untuk menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos 2019.

Menggandingkan tunjang utama daripada kalangan pelakon senior, penceritaan yang dipaparkan mengetengahkan kisah bertemakan kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan, sekaligus lari dari stereotaip drama melayu lazimnya.

Berikut kami kongsikan butiran lanjut drama bersiri yang sudah memulakan siarannya sejak semalam.

    

sinopsis hilang yang kembali

Kredit foto: Instagram Emelda Rosemila

     

Sinopsis

Selepas 10 tahun kehilangan Danial, kanak-kanak itu yang sudah meningkat dewasa akhirnya kembali ke pangkuan keluarga. Namun kehadirannya membawa seribu rahsia tentang episod duka yang dilalui sedekad lalu. Akankah kepulangannya menjadi pengubat rindu atau hanya mengundang episod derita yang seterusnya?

    

nafiz muaz hilang yang kembali

Kredit foto: Instagram Arill Fesol

    

Pelakon

Selain diterajui Aqasha, Emelda Rosmila dan Nafiz Muaz, beberapa watak tambahan lain dijayakan barisan pelakon ternama seperti Azhan Rani, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham dan Arill Fesol.

    

pulau randai 776

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Amor Rizan diberi kepercayaan mengarahkan drama rantaian 12 episod ini di bawah syarikat produksi Padi Pictures Sdn Bhd. Sebelum ini, lain-lain drama garapan Amor seperti Pengantin 100 Hari, Cinta Roller Coaster, Cinta Hati Batu dan banyak lagi.

    

Kredit video: OST HILANG YANG KEMBALI - Amzeeq (Official Music Video)

    

Lagu Tema (OST)

Menggunakan lagu dengan judul sama, 'Hilang Yang Kembali' dendangan Amzeeq sebagai lagu tema atau runut bunyi.

    

Waktu Siaran

Bermula 20 Ogos ini menerusi slot Samarinda, siaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.

    

Sumber:

1. Hilang Yang Kembali Akan Datang Di Slot Samarinda

2. Wikipedia Slot Samarinda

3. Instagram Amor Rizan

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)