Oleh pada 16 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan

     

Camelia merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia siaran 15 episod arahan Eoon Shuhaini, dibintangi Diana Danielle, Saharul Ridzwan, Ain Edruce dan Hafidz Roshdi.

Bakal memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 mulai hari ini (16 Januari 2020) bagi menggantikan drama Cindai.

     

sinopsis camelia

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Sinopsis

Mengisahkan tiga adik-beradik, Malik (10), Mariam (7) dan Marina (6) yang tinggal di kampung bersama kedua ibu bapa mereka, Halim dan Zainab, serta nenek, Tok Su. 

Malik yang merupakan anak angkat dalam keluarga menjalinkan pertalian rapat dengan Mariam sehingga timbul satu perasaan yang sukar ditafsirkan antara mereka.

Mariam mempunyai sifat yang begitu berbeza berbanding Marina dan Tok Su yang 'hidung tinggi'.

Kerana itu, Malik selalu menjadi ‘bahan’ Marina dan Tok Su yang sering mempersendakannya.

    

drama camelia episod

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

     

Pelakon

Dibintangi nama-nama terkemuka seperti Diana Danielle, Saharul Ridzwan, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Aidil Aziz, Puteri Balqis, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Qistina Raisah, Ku Faridah dan Redzwan Adha.

    

drama camelia tv3

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah drama Pujaan Hati Kanda, Eoon Shuhaini yang juga dikenali menerusi garapannya dalam drama Sara Sajeeda, Lelakimu Yang Dulu, Tiada Arah Jodoh Kita dan Love You Mr. Arrogant.

Terbitan syarikat produksi, Saphire Screen Sdn Bhd.

    

Kredit video: OST Camelia | Cintaiku | Alyah (Official Lyric Video)

    

Lagu Tema (OST)

Judul: Cintaiku

Penyanyi: Alyah

Lagu: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh

Lirik: Hasniza Nordin, Arisz Ab Rahman, Fatanna

Terbitan: Nova Music Sdn Bhd, Saphire Screen Sdn Bhd

     

camelia slot samarinda

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

    

Waktu Siaran

Menemui penonton di slot Samarinda TV3 mulai 16 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    

Sumber:

1. Wikipedia Slot Samarinda

2. Instagram Saphire Screen Sdn.Bhd

3. Camelia (2020) | Episod 1

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)