Oleh pada 15 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Seadanya Aku merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia arahan Feroz Kader lakonan utama Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.

Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini bakal memulakan siarannya di Slot Akasia TV3 pada malam ini (15 Januari 2020) bagi menggantikan siri Adellea Sofea.

   

drama seadanya aku 222

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Sinopsis

Aufiya hampir menanggung malu apabila bakal suaminya, Taufik tidak muncul di hari pernikahan mereka. Semuanya gara-gara Taufiq tidak dapat menerima kisah silam Aufiya.

Maruah Aufiya kemudiannya diselamatkan Zarul yang menawarkan diri untuk menjadi suami di saat akhir.

Begitupun, Aufiya enggan mendedahkan ikatan perkahwinan mereka walaupun kepada kawan-kawan sendiri kerana Zarul yang menjadi suaminya itu adalah tunangan sahabat baiknya sendiri, Wina.

    

novel seadanya aku 642

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

     

Pelakon

Ditunjangi Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.

Dibarisi para pelakon pembantu seperti Dayana Roza, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Norish Karman, Azri Iskandar, Ainina Ahmad dan ramai lagi.

    

seadanya aku episod

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Feroz Kader oleh syarikat penerbitan, Country Universal Sdn Bhd.

Lain-lain drama garapan Feroz Kader sebelum ini termasuk Vila Ghazara, Jika Masih Ada Rindu, Dendam Aurora dan Cinta Tiada Ganti.

    

pelakon seadanya aku 720

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

      

Lagu Tema (OST)

Seadanya Aku dendangan Ippo Hafiz.

    

sinopsis novel seadanya aku

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Waktu Siaran

Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3, mulai 15 Januari ini.

          

Kredit video: Di Sebalik Tabir Seadanya Aku

    

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Seadanya Aku

2. Wikipedia Slot Akasia

3. Goodreads Novel Seadanya Aku

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)