Oleh pada 24 Jul 2019 kategori

info drama kerana dia manusia biasa 1

Kredit foto: Instagram @globalstationsb

    

Tayangan drama Mimpi Sabrina yang ketika ini bersiaran di slot Samarinda bakal bertukar ke slot Azalea mulai 24 Julai 2019.

Ia akan digantikan drama bersiri terbaharu, Kerana Dia Manusia Biasa yang mula ke udara pada tarikh sama.

Berikut kami kongsikan info drama terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd ini.

     

Sinopsis

Tengku Shamil Zaquan kehilangan isteri tercinta yang maut dalam satu kejadian ragut. Kekosongan hatinya diganti dengan kehadiran Nurin Aira selaku isteri baharu, meskipun perkahwinan itu berlaku tanpa relanya.

Shamil yang awalnya menyimpan dendam pada Nurin hingga enggan menyentuh wanita itu walaupun sudah halal di sisi, akhirnya tewas melihatkan kesabaran dipamerkan yang berjaya melembutkan hatinya.

Namun kebahagiaan dikecapi tidak bertahan lama apabila mahligai itu mula diuji dengan fitnah orang luar.

      

info drama kerana dia manusia biasa 2

Kredit foto: Instagram @globalstationsb

    

Pelakon

Diterajui gandingan hebat Emma Maembong dan Shukri Yahaya, dibantu barisan pelakon seperti Husna Mustaffa, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Sasqia Dahuri, Aleza Shadan, Arash Mohamad, Mimi Ernida dan Azwan Kombos.

     

Pengarah

Arahan Idora Abd. Rahman yang sebelum ini menduduki kerusi sutradara untuk drama-drama melayu popular seperti Sayangku Kapten Mukhriz, Pengantinku Jatuh Dari Langit dan Kekasih Paksa Rela.

     

Kredit video: Youtube Monkey Bone

     

Lagu Tema (OST)

Single terbaharu penyanyi Black Hanifah berjudul Leraikan dipilih menjadi runut bunyi yang menghiasi drama rantaian 15 episod ini.

     

Waktu Siaran

Karya adaptasi novel dengan judul sama nukilan Wan Nur Najihah ini bakal menemui penonton mulai 24 Julai 2019 di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

     

Sumber:

1. Goodreads

2. Wikipedia

3. Harian Metro [1, 2



Hakcipta iluminasi.com (2017)