Oleh pada 23 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Cindai merupakan siri terbaharu Slot Samarinda TV3 terbitan JS Pictures yang bakal bersiaran mulai malam ini (23 Disember 2019).

Ditunjangi Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan, serta barisan pelakon pembantu seperti Nazim Othman, Raysha Rizrose, Niezam Zaidi, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

      

sinopsis cindai 705

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Cindai, seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder terpaksa mengharungi kehidupan sebagai seorang gelandangan kerana tiada saudara yang boleh menjaganya. Namun dia dikurniakan seorang teman baik bernama Amir yang setia menemani di kala susah dan senang.

     

sinopsis drama cindai

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pelakon

Lakonan mantap barisan pelakon seperti Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Ross, Fatin Afeefa, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad B dan ramai lagi.

     

cindai tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah terkenal, Azman Hj Yahya atau Jinggo menerusi syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Antara drama-drama terkenal beliau termasuk Dekatkan Jarak Kita, Pia, Leftenan Zana, Mr. Donat Karamel dan Isteri Untuk Diiktiraf.

       

Kredit video: Ayda Jebat - Better Than You (Official Music Video)

     

Lagu Tema (OST)

Lagu Better Than You nyanyian Ayda Jebat hasil ciptaan dan tulisan lirik oleh beliau sendiri bersama Irwan Simanjuntak.

      

pelakon drama cindai

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Waktu Siaran

Ku udara sebanyak 15 episod mulai 23 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

      

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Cindai

2. Wikipedia Cindai

3. Wikipedia Slot Samarinda

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)