Oleh pada 13 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @radiusone_official

     

Sinopsis

Mengisahkan percintaan antara Sabrina (Juliana Evans) dan Fahrin (Erwin Dawson) yang mana pasangan ini datang daripada taraf dan latar belakang hidup yang berbeza. Sabrina seorang anak pemilik hotel, manakala Fahrin pula hanyalah pemuda biasa yang berasal dari kampung. Angkara fitnah, Fahrin dipenjara atas tuduhan merompak hingga menyebabkan hubungannya dengan Sabrina terputus begitu sahaja. Sabrina pula dipaksa mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan (Josiah Hogan), anak angkat kepada pakcik saudaranya semata-mata untuk menyelamatkan perniagaan bapanya. Tujuh tahun berlalu bagaimanapun membuka semula bibit-bibit cinta antara Sabrina dan Fahrin apabila terjebak dalam sebuah pertemuan yang tidak diduga.

     

info drama mimpi sabrina 2

Kredit foto: Instagram @radiusone_official

    

Pelakon

Menggandingkan Juliana Evans, Erwin Dawson dan Josiah Hogan selaku teraju utama, bersama pelakon-pelakon pembantu seperti Tasha Shilla, Amy Mastura, Ako Mustapha, Roy Azman, Marisa Yasmin dan Hamidah Wahab.

    

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

     

Lagu Tema (OST)

Single terbaharu penyanyi Syura Badron berjudul Ego dipilih sebagai lagu runut bunyi pembukaan dan penutup setiap episod.

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan sutradara Nizam Zakaria, 'Mimpi Sabrina' yang bersiaran selama 20 episod ini merupakan sebuah lagi karya hasil produksi Radius One Sdn Bhd.

     

Waktu Siaran

Menghiasi slot Samarinda mulai 11 Julai 2019, ke udara jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis di saluran TV3. Juga boleh ditonton secara percuma di perkhidmatan televisyen dalam talian, iflix yang mana episod baru dimuat naik setiap hari Selasa hingga Jumaat.

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Iflix

3. Youtube Drama Sangat Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)