hh

Oleh pada 11 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Sebagai pengganti siri Metro Crime Series, drama Pengantin Pasti Jadi akan mengambil tempat di slot Lestary.

       

pengantin pasti jadi drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Penonton boleh menonton drama ini lebih awal di platform Tonton, dengan akses kepada episod baharu 24 jam sebelum tayangan di kaca TV.

        

pengantin pasti jadi pelakon

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

        

Pengantin Pasti Jadi mengisahkan tentang dua individu yang terjerat dalam perkahwinan yang diatur oleh ibu mereka yang dominan. Nureen, yang dipaksa menikahi pekerja ibunya dan Raid yang pengantin perempuannya melarikan diri, bertemu secara kebetulan ketika 'island hopping' dan dari situ, bermulalah kisah mereka mencari erti kebahagiaan sebenar di tengah-tengah tentangan keluarga.

Siri televisyen ini dihasilkan tanpa berdasarkan novel.

       

Sinopsis

Nureen (Asha Merican) terjerat dalam perkahwinan dengan Fikri (Daniesh Suffian) akibat paksaan ibunya, Seri Hanim (Lana Nordin), manakala Raid (Ali Reza) dijodohkan dengan Zara (Cintaa Aiyuni) oleh ibunya juga. Nasib perkahwinan mereka dikawal sepenuhnya oleh ibu-ibu yang dominan.

        

pengantin pasti jadi sinopsis

Kredit foto: Instagram @heidinuraleesya

       

Seri Hanim, ibu tunggal dan pengasas produk kecantikan serta pempengaruh terkenal, amat mengawal hidup anaknya. Dia berkeras supaya Nureen menikahi Fikri, pekerja yang dipercayainya, supaya mereka dapat bersama-sama menguruskan perniagaan. Namun, Fikri mengkhianati kepercayaan itu dengan tidak hadir pada hari pernikahan, meninggalkan Nureen dalam keadaan yang memalukan.

Raid pula dikecewakan apabila pengantin perempuannya, Zara melarikan diri pada hari pernikahan. Ibunya, Datin Hasnah (Khaty Azian) yang sangat protective terhadap Raid dan cucunya, Tia, berasa trauma selepas kematian suami, anak sulung (kembar Raid) dan menantu. Dia percaya Zara boleh membawa kebahagiaan kepada Raid dan Tia, namun Zara lari dengan skandalnya.

Nasib membawa Nureen dan Raid menaiki bot yang sama untuk aktiviti 'island hopping'. Namun Nureen terjatuh ke dalam laut tetapi Raid berjaya menyelamatkannya tepat pada waktunya.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod SeOfis (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info, Sinopsis, Pelakon Drama Berepisod Bawah Payung Awan (Viu Malaysia) Musim 1 & 2

Baca: 8 Fakta Biodata Scha Elinnea, Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 8 Fakta Biodata Jazmy Juma (Hero Remaja), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Biodata Arfie Shah (Adwafri Shah), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

       

pengantin pasti jadi episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Pelakon / Cast

Kisah ini menyaksikan watak utama diberi nyawa oleh pelakon Ali Reza dan Asha Merican di layar.

        

pengantin pasti jadi episode

Kredit foto: Instagram Ali Reza Kavoossi

        

Menyemarakkan lagi jalan cerita dengan watak-watak mereka yang penuh warna ialah Ungku Hariz, Sera Melissa, Daniesh Suffian, Faye Kusairi, Lana Nodin, Khaty Azian, Riesha Aslan, Cintaa Aiyuni dan Heidi Nur Aleesya.

        

Watak Pelakon

Ali Reza sebagai Raid

Asha Merican sebagai Nureen

Lana Nordin sebagai Seri Hanim

Daniesh Suffian sebagai Fikri

Cintaa Aiyuni sebagai Zara

Khaty Azian sebagai Datin Hasnah

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Creative Skill Solution yang membawa naskhah yang ditampilkan dengan arahan daripada pengarah drama ulung, Ayie Mustafa.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: TIC TAC TOE - AMIR MIRZA [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST PENGANTIN PASTI JADI]

         

Tajuk: Tic Tac Toe

Penyanyi: Amir Mirza

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Drama ini akan mula menemui penonton pada 11 Julai 2024 di TV3, dengan 20 episod disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, pada pukul 9 malam di slot Lestary.

Siaran episod baru akan berlangsung 24 jam lebih awal di platform Tonton.

       

Tajuk cerita? Pengantin Pasti Jadi

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: Pengantin Pasti Jadi | Official Trailer | Tonton

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)