Oleh pada 29 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Bila Hati Memilih Dia merupakan sebuah siri yang menggantikan drama Suamiku Lelaki Pendosa di slot Samarinda TV3, bermula 28 Mac ini.

Drama rantaian Malaysia terbitan tahun 2022 yang mendapat sentuhan Bahri Uma selaku pengarah ini adalah hasil adaptasi daripada novel berjudul sama karya penulis Wan Nur Najihah.

sinopsis bila hati memilih dia

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Sementara menunggu tawaran kerja, Adra (Eyka Farhana) yang baru tamat pengajian telah dipaksa oleh ibu tirinya, Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk bernikah dengan Farhan (Azri Sabri), anak Maryam tauke emas di kampung mereka.

Walhal Adra belum bersedia, selain membenci Farhan yang sering membulinya sewaktu kecil.

Makcik Melur juga mahu Adra terus menetap di kampung tanpa berhijrah ke Kuala Lumpur, dengan alasan untuk menjaga bapanya yang sudah tua.

Selepas mendapat tahu Nazril (Aedy Ashraf), seorang bapa tunggal yang berpindah ke Langkawi ingin mencari pengasuh untuk anaknya, Nufail (Maryam Annisa), bersama tawaran gaji yang lumayan, Makcik Melur mendesak Adra untuk mengisi kekosongan itu.

Adra akur gesaan Makcik Melur apabila diberi jaminan boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur selepas beberapa bulan berkhidmat.

Rentetan permulaan perkenalan yang kurang menyenangkan, Adra dan Nazril kekok untuk terus berjumpa. Namun Nazril tetap mengambil Adra sebagai pengasuh kerana Nufail yang cukup menyenangi Adra.

Hubungan antara majikan dan pekerja ini sudahnya menjadi satu pertalian yang rapat.

Sementara itu, Adra turut didekati Fadhil (Shahz Jaszle), abang kepada Farhan yang disukai Makcik Melur kerana menyedari harta pusaka keluarga tauke emas itu bakal jatuh ke tangan Fadhil.

Namun, jodoh antara Adra dan Nazril lebih kuat apabila pasangan ini terperangkap dalam satu kejadian yang telah mengikat hubungan mereka sebagai suami isteri.

Selepas bernikah, Nazriel cukup menjaga hati Adra hingga Adra benar-benar jatuh cinta dengannya.

Namun kebahagiaan yang dibina tidak bertahan lama kerana hanya selepas Adra menyerahkan sepenuh kepercayaan dan jiwa, lelaki itu mula berubah sikap.

bila hati memilih dia drama

Kredit foto: Instagram Shima Anuar

Pelakon / Cast

Aedy Ashraf dan Eyka Farhana sebagai tunjang utama, dengan turut disertai pelakon Gambit Saifullah, Shahz Jaszle, Zila Bakarin, Shima Anuar, Maryam Annisa, Izuan Razali, Dato' Sri Shah Rezza, Ezaidi Aziz, Qistina Khaled, Edaman Othman, Syeera Aziz, Azri Sabri dan Mak Wan.

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Eyka Farhana

Baca: Biodata Gambit Saifullah

Baca: Biodata Shima Anuar

Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Nazril

Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha

Maryam Annisa sebagai Nufail

Gambit Saifullah sebagai Iqram

Shahz Jaszle sebagai Fadhil

Zila Bakarin sebagai Makcik Melur

Shima Anuar sebagai Sofea

Qistina Khaled sebagai Adwa

Azri Sabri sebagai Farhan

bila hati memilih dia episod

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Bahri Uma ini adalah sebuah karya terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd menerusi naskhah skrip tulisan Farah Alya As'ari dan Farah Bani.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Bila Hati Rindu ยท Lah Ahmad

Tajuk: Bila Hati Rindu

Penyanyi: Lah Ahmad

novel bila hati memilih dia

Kredit foto: Instagram Wan Nur Najihah

Waktu Siaran

Menemui penonton di slot Samarinda, saluran TV3 untuk tayangan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam, siaran selama 15 episod bermula 28 Mac 2022.

Penstriman menerusi platform tontonan online, iQiyi.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Adra Setuju Nak Kerja Tu Tapi Gaji Naikla Sikit | Bila Hati Memilih Dia (2022)

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)