Oleh pada 01 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Harith Fayyadh merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2022 (bukan adaptasi novel) yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3 bagi menggantikan siri Sayang Tak Dikenang.

Menampilkan pelakon Adam Lee, Nad Zainal, Hafidz Roshdi dan Cahaya Nilam, episod sulung menemui penonton pada 1 April 2022.

harith fayyadh drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

"Kisah dua adik beradik tiri, Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) yang hidup dalam dunia yang berbeza, namun mempunyai pertalian yang rapat.. sehinggalah harta menimbulkan konspirasi dan konflik antara mereka!"

Arisa (Dynas Mokhtar) membenci anaknya, Harith kerana 'bayang' arwah suaminya, Bakri seakan terlihat di wajah Harith. Bakri pernah berlaku curang dan mengkhianati cinta Arisa tidak lama dahulu.

Sementara itu, Dato Ainon (Fauziah Nawi) gembira melihat layanan Kamal (Hasnul Rahmat) terhadap Harith yang dahagakan kasih sayang seorang bapa.

Dato' Ainon mahu mengamanahkan perniagaannya pada Harith dan Fayyadh, namun kecenderungan Harith lebih kepada bidang agama, manakala minat Fayyadh pula tertumpah pada dunia glamor.

harith fayyadh episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Diterajui oleh Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal dan Cahaya Nilam sebagai bintang utama.

Juga turut membariskan Ameerul Asyraf, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Julia Farhana, Badrul Muhayat, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau dan Zoul Muhammad.

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Adam Lee

Baca: Biodata Nad Zainal

Baca: Biodata Ameerul Asyraf

Baca: Biodata Julia Farhana

Baca: Biodata Fauziah Nawi

Watak Pelakon

Hafidz Roshdi sebagai Harith

Adam Lee sebagai Fayyadh

Nad Zainal sebagai Sarah

Cahaya Nilam sebagai Vivy

Ameerul Asyraf sebagai Adam

Julia Farhana sebagai Shila

Dynas Mokhtar sebagai Arisa

Hasnul Rahmat sebagai Kamal

Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon

sinopsis harith fayyadh

Kredit foto: Instagram Adam Lee

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan syarikat produksi Sha's Media Sdn Bhd.

Arahan oleh Ayie Mustafa ini merupakan naskhah nukilan penulis skrip, Mama Bella dan Mohd Shahremy Ikmal.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ikhwan Fatanna - Restu (OST Drama Harith Fayyadh - Official Music Video)

Tajuk: Restu

Penyanyi: Ikhwan Fatanna

Komposer: Ikhwan Fatanna

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna

      

pelakon harith fayyadh

Kredit foto: Instagram @adamleenizers

Waktu Siaran

Tayangan 15 episod bermula 1 April 2022 pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 6:58 petang di slot Akasia, saluran TV3.

Tonton secara online di platform penstriman, Disney+ Hotstar Malaysia.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Harith Fayyadh Episod 1 Pada 1 April 2022, Setiap Isnin - Ahad 6.58 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)