Oleh pada 16 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Drama Hawt Fellas muncul sebagai pengganti siri Kami Orang KL di slot Lestary TV3.

          

hawt fellas drama

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Diperkenalkan sebagai siri drama bertemakan 'coming-of-age', ia menampilkan wajah-wajah muda dalam industri lakonan tempatan seperti Nabil Aqil, Idan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul dan Tisya Ong.

         

pelakon hawt fellas 308

Kredit foto: Instagram Country & Universal Sdn Bhd

        

Siri ini adalah hasil daripada idea asli, bukanlah 'remake' atau adaptasi dari mana-mana drama atau novel terdahulu.

         

Sinopsis

Meskipun mempunyai karakter dan masalah yang berbeza, lima sahabat dari latar belakang yang pelbagai, bersatu di bawah nama Hawt Fellas untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan mereka.

Menampilkan lima watak utama iaitu Lee (Nabil Aqil), Napron (Idan Aedan), Mat Don (Atiq Azman), Floral (Raden Zaharatul) dan Indah (Tisya Ong) yang seni menjadi ikatan yang menyatukan mereka.

Kisah ini menyaksikan suka duka sekumpulan remaja ini yang dihimpit dilema dan cabaran hidup selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Impian selepas SPM menjadi pendorong mereka untuk mengejar hala tuju masing-masing.

Mereka adalah pelajar di sekolah menengah yang sama, dengan Lee dan Napron dalam aliran Sains, dan Mat Don serta Flora dalam aliran Sastera.

Meskipun Lee merupakan pelajar cemerlang yang menjadi harapan sekolah dan keluarganya, tekanan meningkat kerana keluarganya terlalu menaruh harapan tinggi dan tidak mempedulikan minat serta keinginannya. Walaupun mempunyai minat dalam seni, dia terpaksa memilih aliran Sains atas desakan ibu bapanya yang menginginkan pengajian lanjutan dalam bidang kejuruteraan. Dengan kemahiran bermain gitar dan melukis, Lee menggunakan ia sebagai saluran untuk menenangkan fikiran melalui muzik dan lukisan.

Napron pula memilih aliran Sains dengan harapan membuktikan kebijaksanaan dan kehebatannya, namun dia terperangkap sebagai mangsa bapanya yang merupakan penagih dadah. Sering kali, Napron dihadapkan dengan tuduhan terkait imej 'rock underground'.

Mat Don, yang kehilangan kedua ibu bapanya, membesar di bawah jagaan bapa saudaranya. Namun, dia tidak sedar mengenai kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) yang dialaminya.

Flora, yang menghadapi masalah keluarga, kelihatan agak nakal. Lee dianggap sebagai "crush" oleh Flora dan sering meminta bantuan untuk melukis di luar waktu sekolah. Napron, yang mempunyai perasaan terhadap Flora, berasa cemburu dan kerap bergaduh dengan Lee.

Indah pula tidak mahu hidupnya dikongkong oleh keluarganya. Tawaran kemasukan ke Universiti Pendidikan ditolak kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada bidang seni lakonan.

Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, mereka terpisah. Lee menghilangkan diri dan tidak dapat dijejaki selepas gagal dalam SPM. Flora, Napro dan Indah meneruskan pengajian di kolej swasta yang sama, dengan Flora dalam bidang Broadcasting dan Napron dalam bidang Kejuruteraan.

Mat Don membuat keputusan untuk membuka kedai gunting rambut.

Flora dan Mat Don mengandaikan Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang dimahukan oleh keluarganya.

Hakikatnya, Lee berasa malu dan terpaksa membuat cerita palsu. Dalam diam, dia merancang untuk mengambil SPM ulangan.

Beberapa bulan berlalu, Napron bertemu Lee ketika membeli burger. Lee memberitahu dia kini terlibat dalam pengajian kejuruteraan, namun diam-diam, dia menjual burger dan menghiburkan orang ramai dengan bakat buskingnya.

Angkara sindiran, Lee tidak mampu menahan tekanan dan akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan perniagaannya. Lee terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara kehidupan.

Pelbagai kejutan lain berlaku ketika mereka bersua semula dalam perjalanan mengejar impian.

Perkembangan kisah ini turut memperlihatkan sisi-sisi masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan yang lain. Masalah dengan ibu bapa dan cabaran dalam kerjaya menjadi duri dalam kehidupan mereka.

Mampukah kelima-lima sahabat ini mengekalkan kesinambungan hubungan mereka?

Adakah mereka berjaya mencapai hasrat dan hala tuju hidup mereka?

           

Maksud Hawt Fellas

"Hawt" adalah cara yang bersahaja atau lucu dalam mengatakan perkataan "hot", menggambarkan sesuatu atau seseorang sebagai menarik atau memikat.

Manakala "Fellas" adalah istilah tidak formal yang umumnya digunakan untuk merujuk kepada kumpulan rakan atau kenalan.

         

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Biodata Pelakon Raden Zaharatul

        

hawt fellas tv3

Kredit foto: Instagram Country & Universal Sdn Bhd

        

Pelakon / Cast

Nama-nama pelakon yang dikreditkan dalam peranan lakonan utama termasuklah Nabil Aqil, Idan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul dan Tisya Ong.

         

hawt fellas cast

Kredit foto: Instagram Country & Universal Sdn Bhd

        

Dalam pada itu, melibatkan diri dalam watak-watak sampingan adalah pelakon-pelakon terkenal dalam seni drama Melayu seperti Azhar Sulaiman, Zaidi Omar, Nazim Othman, Talha Harith, Amy Nur Tinie, Zazly Baginda, Amanda Misbun, Anne Abdullah dan Zuhairi Ibrahim.

Ikut serta, Izzul Faiq, Khaled, Abdul Rahman, Aiman Ameer, Umar Danish, Aliff Nazreen, Saiful Arzuan dan Muhammad Iskandar.

        

Watak Pelakon

Nabil Aqil sebagai Lee

Idan Aedan sebagai Napron

Atiq Azman sebagai Mat Don

Raden Zaharatul sebagai Flora

Tisya Ong sebagai Indah

Azhar Sulaiman sebagai Nasir

Zaidi Omar sebagai Ramlee

Nazim Othman sebagai Abg Lee

Talha Harith sebagai Pakcik Mat Don

Amy Nur Tinie sebagai Zakiah

Amanda Misbun sebagai Murni

Zazly Baginda sebagai Kasim

Anne Abdullah sebagai Zaitun

Zuhairi Ibrahim sebagai Ayah Indah

Izzul Faiq sebagai Burn

Khaled sebagai Jacko

Abdul Rahman sebagai Zul

Aiman Ameer sebagai Housemate Napron

Umar Danish sebagai Pelanggan

Aliff Nazreen sebagai Pelajar Universiti

Saiful Arzuan sebagai Pensyarah Universiti

Muhammad Iskandar sebagai Pelanggan

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Lee Chonz menulis skrip untuk drama ini, sementara penerbitannya diuruskan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Pengarahannya diselia oleh Eoon Shuhaini.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Killa Driz - RAP$TAR (Official Music Video)

         

Tajuk: Rapstar

Penyanyi: Killa Driz

Komposer: Luca Sickta, Killa Driz

Penulis lirik: Killa Driz

        

Waktu Siaran

Siri "Hawt Fellas" akan menggegarkan slot drama terkenal, Lestary di TV3 mulai 4 Januari 2024 dengan tayangan sepanjang 13 episod, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9 malam.

         

hawt fellas maksud

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil

        

Penstriman drama ini juga akan tersedia di Tonton, iaitu platform penstriman video tempatan di bawah naungan Media Prima.

        

Tajuk cerita? Hawt Fellas

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Nak Pergi Kebun Takkan Pakai Kebaya Kot... | Hawt Fellas (2024)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)