Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

Siapa Mierul Aiman (Mierul)? Muhammad Amirul Aiman bin Norazman yang ingin dikenali sebagai Mierul Aiman ini merupakan salah seorang finalis rancangan Pencarian Hero Remaja 2021.

Edisi kesebelas pertandingan realiti itu turut membariskan 11 lagi peserta yang akan memberikan saingan kepadanya, iaitu Fazziq Muqris (Fazziq), Ideen Azman (Ideen), Amir Ahnaf (Amir), Aqil Taqee (Aqil), Afiq Hamidon (Afiq), Alif Haiqal (Haiqal), Aryan Naim (Aryan), Zaid Erakad (Akad), Zaim Yazid (Zaim), Farhan Nordin (Farhan) dan Syazani Zainal (Syazani).

      

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Muhammad Amirul Aiman bin Norazman.

2. Menggunakan nama komersial, Mierul Aiman.

3. Berumur 23 tahun (2021).

4. Lahir pada 14 Julai 1998.

5. Berasal dari Putrajaya.

6. Merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik.

7. Berketinggian 178 sentimeter (cm).

8. Masih memegang status sebagai pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya - berbaki lagi satu semester.

9. Bergiat dalam dunia peragaan fesyen tempatan dan lakonan untuk filem pendek serta drama dengan membawa peranan sebagai pelakon ekstra.

9. Juga melibatkan diri dalam pementasan teater.

10. Dalam bidang sukan pula, beliau adalah penggemar sukan ragbi yang disertai sejak menuntut di sekolah berasrama penuh pada 2011.

11. Pengguna Instagram (IG) atas nama akaun @mierulaiman yang sehingga kini mempunyai lebih 2,300 pengikut.

Fakta Menarik

1. Menceburi bidang peragaan sejak tahun 2016.

2. Menjadikan kelab-kelab lakonan yang disertai sebagai platform untuk menambah ilmu dan skil dalam cabang seni itu.

3. Menanam cita-cita untuk bergelar penghibur yang disegani suatu hari nanti.

4. Penggemar dunia fesyen yang sukakan fesyen berciri rock n roll era 80-an dan 90-an.

5. Mencuba nasib dalam Hero Remaja dengan niat untuk menambah ilmu, di samping berkongsi bakat yang dimiliki serta berkarya.

6. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berani. Dengan keberanian, beliau menganggap segala jenis kelemahan dalam diri mampu diatasi.

7. Ingin menjadi juara Hero Remaja musim ini kerana mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, juga ingin mengubah dirinya kepada versi yang lebih baik.

8. Menggunakan kelapangan masa yang ada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkhidmat sebagai penghantar (rider) makanan dan petugas barisan hadapan (frontliner).

   

Baca: 8 Fakta Pelakon Mierul Aiman Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Fazziq Muqris, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Amir Ahnaf, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Syazani Zainal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Afiq Hamidon, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aqil Taqee, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

   

Baca: Biodata: 10 Fakta Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2020

Cara Undi / Vote Hero Favourite

Layari laman sesawang www.remaja.my/hero, pergi ke profil peserta dan klik pada mana-mana profil peserta pilihan anda. Akhir sekali, tekan butang ‘VOTE’.

Undian dibuka sekarang sehinggalah malam finale pada 6 November 2021. Hanya satu undian untuk setiap hero pada setiap hari.

Gambar

mierul aiman

mierul aiman ig

mierul hero remaja

umur mierul aiman

hero remaja 2021 peserta

finalis hero remaja 2021 974

hero remaja 59

senarai hero remaja 2021

hero remaja 2021 613

Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

Video

Kredit video: Top 12 Hero Remaja 2021 : Mierul Aiman

Sumber:

1. Profil Mierul Aiman

2. Hero Remaja 2021 Prelude Episode 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)