Kredit foto: Instagram Fadhli Masoot , Facebook Fadhli Masoot

Siapa Fadhli Masoot? Drama bersiri Projek: High Council telah memperkenalkan beliau sebagai antara pelakon yang semakin meningkat naik.

   

projek high council episode 233

Dalam drama tersebut, beliau memegang watak Hakeem dan berkongsi skrin dengan barisan bintang muda terkenal seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Naim Daniel.

   

fadhli masoot age

Siri ini telah memberi impak yang luar besar terhadap popularitinya dalam industri hiburan.

Biodata

Nama sebenar: Mohd Fadhli bin Masoot

Nama komersial: Fadhli Masoot

Umur: 29 tahun

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @fadhlimasoot

Latar Belakang

1. Fadhli, juga dikenali sebagai Alang Fadhli, merupakan seorang pelakon yang telah ditemui bakatnya melalui program Cameo Gegar 2019 yang dianjurkan oleh radio Gegar dan Astro. Beliau berjaya memenangi pertandingan itu sebagai juara setelah mengatasi lima finalis lain, yang disenarai pendek melalui penyertaan video lakonan yang dihantar menerusi laman Instagram.

2. Setakat ini, akaun Instagramnya di bawah nama @fadhlimasoot telah berjaya menarik sebanyak 27,000 pengikut.

3. Pendidikan awalnya diperolehi di Sekolah Kebangsaan Pantai, diikuti oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Redza. Setelah menamatkan persekolahan, beliau meneruskan pengajian tinggi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam fakulti teater dan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda.

4. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam dunia hiburan pada tahun 2016 dan telah muncul dalam pelbagai drama dan telefilem sebagai pemain watak seperti Projek: Anchor SPM, Balapan, One Cent Thief, Dukun Diva, TQ Captain, Shiba Shiba Doo, Cerai, Saka Nan Sepi, Perjalanan Pulang Saat, Angan-Angan Mat Jimam dan Saka MySejahtera.

5. Beliau turut terlibat dalam pementasan teater dan mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan filem, di mana telah memegang peranan dalam filem Motif.

6. Terkini, beliau telah menjadi topik perbincangan hangat di kalangan peminat drama apabila berlakon sebagai Hakeem dalam drama bersiri Projek: High Council. Beliau beraksi bersama pelakon muda terkenal seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Daiyan Trisha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris dan Hazeeq Dean.

Fakta Menarik

1. Fadhli terkenal dengan penampilan yang tidak kelihatan seperti usianya kerana ketinggian yang rendah dan fizikal yang kecil.

2. Pernah membintangi filem pendek 'Lelaki Yang Dirindui' yang mendapat pencalonan dalam BMW Shorties Award, dan berjaya meraih anugerah Pelakon Terbaik dalam acara tersebut.

3. Dia juga pernah memeriahkan video muzik lagu terbaru "Omong Kosong" oleh penyanyi popular Iman Troye pada penghujung tahun lalu.

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Watak Kahar Drama Projek High Council

Baca: Drama Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

Gambar

fadhli masoot umur

fadhli masoot height

fadhli masoot ig

fadhli masoot wikipedia

hakeem high council

fadhli masoot tinggi

projek high council 277

high council 513

fadhli masoot

high council episode 165

Kredit foto: Instagram Fadhli Masoot , Facebook Fadhli Masoot

Video

Kredit video: ONE CENT THIEF Fadhli Masoot selalu kena tuduh? Berapa lama Alfie Palermo menulis? | Nadi Weekend

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)