Oleh pada 29 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Diinspirasikan daripada kisah benar, penerbit siri "One Cent Thief" mempersembahkan "Projek : High Council" yang mengangkat kisah tradisi dan gengsterisme di sekolah berasrama penuh yang pernah menggegarkan negara suatu ketika dahulu.

Mendedahkan 'sisi gelap' kehidupan asrama di sebuah sekolah berprestij di Malaysia, ia menceritakan kehidupan sekumpulan pelajar yang membabitkan kejadian buli yang tidak diwar-warkan kepada umum.

Plot drama bersiri 10 episod ini berpusat pada watak Fakhri, seorang remaja bermasalah yang dalam misi menamatkan gejala buli dan ketidakadilan di sekolahnya, dengan memusnahkan tradisi kejam High Council.

   

high council 620

Kredit foto: Instagram Muzayyin Mahyuddin

Memeriahkan slot Astro Originals, High Council bersiaran mulai 14 Januari 2023 di Astro Go dan On Demand (online), diikuti oleh Astro Ria (saluran 104) mulai 23 Januari 2023, setiap hari Isnin pukul 9 malam.

Ia boleh dijadikan sebagai siri ikutan untuk penonton drama tempatan yang dahagakan naskhah yang mempunyai kualiti produksi yang tinggi.

projek high council episode 996

Kredit foto: Instagram Muzayyin Mahyuddin

   

Bagi anda yang berminat dengan drama ini, sedikit ringkasan plot dan juga sinopsis setiap episod untuk rujukan.

   

high council episode 581

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

Episod 1 : Manifesto

Fakhri, seorang pelajar yang bermasalah telah mendaftar masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh berprestij yang dihuni oleh remaja lelaki, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Di situ dia membongkar rahsia di sebalik sebuah pertubuhan yang menjadi tradisi sekolah yang telah menguasai kesemua pelajar di situ. Pada masa sama, hubungan dengan abangnya Naim bertaut kembali.

   

high council episode 3

Kredit foto: Instagram Sathis Varan

Episod 2 : Of Mice And Men

Fakhri dan rakan-rakan seasramanya berterusan dibuli oleh High Council, sehingga mereka mula menyedari akibat daripada 'jibam' (istilah yang bermaksud mengadu kepada guru).

   

projek high council episode 3

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Episod 3 : Bad Roots

Fakhri menerima kunjungan mengejut daripada ibunya ketika dia sedang membuat persiapan untuk bertanding. Dia turut membuka kisah silam keluarganya dan masalah yang pernah berlaku enam tahun lalu yang menyebabkan hubungan dinginnya dengan Naim.

Episod 4 : Laid Bare

"Kudrat bukanlah tempat untuk orang yang lemah" - Kahar

   

Pelajar tingkatan empat menghadapi mimpi paling ngeri dalam hidup mereka apabila mereka menghadiri "Kem Bulan Madu" yang diadakan secara tahunan.

   

Episod 5 : Ashes To Ashes

En Sin dan Puan Faniza semakin curiga apabila pelajar Tingkatan 4 jatuh sakit selepas tamatnya Kem Bulan Madu. Fakhri yang tidak puas hati dengan perlakuan tidak adil budak senior, akhirnya bertemu dengan Kahar untuk mengakhiri pembulian mereka.

   

Episod 6 : Predators

Amirr telah mendedahkan kisah lampau yang traumatik yang dialaminya di masa lalu, kemudian Naim merungkai sebuah rahsia gelap yang hanya diketahui oleh segelintir pelajar, di sebalik imej baik sekolah tersebut.

   

Episod 7 : Power Trip

Setelah kes Ariz, kecurigaan pihak sekolah semakin meningkat. Sementara itu hubungan Naim dan Mia semakin berbunga. Fakhri mula menyimpang dari matlamat asalnya apabila kuasa mulai menguasai diri dan merosakkannya.

Episod 8 : Kingdom Of Flies

Pengaruh Kahar semakin terancam apabila pelajar Tingkatan 4 memberontak terhadapnya kerana dipengaruhi oleh Fakhri. Selain itu, terdapat tekanan yang semakin ketara antara pelajar Tingkatan 5 dan 4.

Episod 9 : Parallels

Sekolah memulakan siasatan terhadap kes Ayam. Fakhri terus dihantui rasa bersalah, manakala Prakash memberi tekanan padanya untuk menghentikan perlawanan yang akan datang dengan Naim sebelum terlambat.

   

Episod 10 (Akhir) : Men Don't Cry

Rahsia gelap KUDRAT akhirnya terbongkar. Reputasi sekolah, tradisi dan masa depan Fakhri serta Naim berada dalam risiko selepas pengakuan dibuat para pelajar.

   

Baca: 10 Drama Astro Original Series Wajib Tonton!

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Watak Kahar Drama Projek High Council

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

high council astro 560

high council project 764

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

   

Kredit video: Official Movie Trailer - Project : High Council. Episod 1 Pada 14 Januari 2023




Hakcipta iluminasi.com (2017)