Oleh pada 22 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   
Susulan kejayaan drama siri premium Astro Originals, Projek: Anchor SPM, Astro menghasilkan sebuah lagi siri daripada antologi "Projek", Projek: High Council yang dibintangi oleh pelakon, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf. Drama ini diarahkan oleh Anwari Ashraf bersama Zulaikha Zakaria dan diterbitkan oleh Pasal Productions Sdn Bhd.
  
Ia turut menampilkan gandingan mantap aktor baharu dan lama dalam bidang lakonan tanah air seperti Naim Daniel, Daiyan Trisha, Yusof Hashim, Azhar Sulaiman, Hasnul Rahmat, Shasha Abedul, dan siarannya bermula pada 14 Januari 2023.
   
Berikut ialah 10 fakta mengenai Projek: High Council yang tidak diketahui ramai:
   

Kredit foto: Instagram Amirr Shahlen

  
1. Projek: High Council merupakan drama bersiri premium terbaru di bawah naungan penjenamaan 'Astro Originals' yang sebelum ini dibarisi naskhah seperti Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang, Dukun Diva, Murder By Moonlight, Histeria The Series, Kuasa, One Cent Thief dan Kudeta.
    

Kredit foto: Instagram Fazziq Muqris

  
2. Sebuah siri yang membawa tema kisah-kisah pendewasaan (coming-of age) untuk diceritakan.
   

Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

  
3. Ia mendapat sentuhan daripada penulis skrip Anwari Ashraf yang sebelum ini merupakan penulis filem blockbuster Polis Evo 1, Polis Evo 2 , Pusaka, Paskal: The Movie dan Wira, termasuk siri hit Projek: Anchor SPM.
  
4. Antara gandingan mantap pelakon generasi baharu yang dipersembahkan menerusinya ialah dua juara terbaharu program realiti pencarian bakat, Hero Remaja iaitu Nadhir Nasar (juara musim 2020) dan Mierul Aiman ​​(juara musim 2021).
  

Kredit foto: Instagram Daiyan Trisha

  
5. Siri ini diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggegarkan Malaysia sebelum ini iaitu isu kumpulan gangster High Council di sebuah sekolah berasrama penuh.
   

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

  
6. Plot Projek: High Council sama sekali berbeza dengan drama Projek: Anchor SPM yang mana ia memaparkan kejadian di sekolah berasrama penuh lelaki dan berlaku di sekolah berbeza, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Tiada kena mengena dengan plot di Sekolah Tunku Isa Anuar (SETIA) dalam drama Projek: Anchor SPM walaupun tajuknya hampir serupa.
  
7. High Council, bagaimanapun, adalah produk di bawah francais "Projek" untuk menjadi titik tolak antologi 'Projek' yang mengangkat kisah sekolah fiksyen, watak, dan tema baharu.
   

Kredit foto: Instagram @amiraazman98

  
8. Difahamkan, sebagai persiapan penggambaran, para pelakon menjalani latihan fizikal seni mempertahankan diri demi menjayakan drama ini.
   

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

  
9. Biarpun baru sahaja dikeluarkan minggu lalu, episod 1 dan 2 siri tersebut nampaknya menjadi bualan ramai dan mendapat komen serta review positif daripada pengulas filem di media sosial.
   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
10. Jika anda terlepas menonton drama bersiri ini di Astro Go dan On Demand (online), anda boleh menontonnya di kaca televisyen menerusi saluran linear, Astro Ria (saluran 104) bermula 23 Januari 2023, setiap hari Isnin pukul 9 malam.
  
  
  
Sumber:
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)