Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

   

Jika anda mengikuti siri drama popular yang sedang disiarkan di Astro, iaitu Projek: High Council, sudah pasti anda tertarik dengan fenomena yang dicipta oleh drama baru ini setelah hanya ditayangkan dalam empat episod.

   

Populariti barisan pelakon utamanya yang membawa watak-watak dalam drama ini hidup tidak dapat dinafikan.

Ini juga melibatkan aktor muda, Mierul Aiman, yang kini menjadi bualan peminat kerana persembahan wataknya sebagai Nur Fakhri Firdaus Ismet yang terkenal.

Berikut adalah 8 fakta menarik tentang Mierul Aiman yang mungkin tidak begitu diketahui oleh ramai.

    

umur mierul aiman 434

1. Sehingga hari ini, pemilik nama penuh Muhammad Amirul Aiman ​​​​Norazman berumur 25 tahun itu sudah mempunyai sebanyak 68,000 pengikut di laman Instagram (IG).

mierul aiman 535

2. Kehadirannya mewarnai industri seni hiburan adalah selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan bakat ikon remaja Malaysia, Hero Remaja musim 2021/2022, anjuran Majalah Remaja, terbitan kumpulan Karangkraf.

   

mierul aiman hero remaja

3. Sebelum mendapat kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja, dia telah mengorak langkah dalam bidang peragaan sejak tahun 2016 lagi - sehingga kini.

   

projek high council 953

4. Peranan pertama lakonan Mierul ialah menerusi telefilem Hierarki arahan Boy Fareed Sharif sebagai watak bernama Megat pada tahun 2021, yang membawanya bersama 11 lagi finalis Hero Remaja 2021 menjadi pelakon utama drama tersebut.

   

projek high council episode 473

5. Dia kini terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Fahkri dalam siri drama premium Astro Originals 'Projek: High Council'.

6. Menerusi naskhah rantaian itu, dia digandingkan dengan pelakon generasi baharu yang juga seangkatan dengannya iaitu Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris, yang turut mencipta nama menerusi pertandingan sama, termasuk juara Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar dan finalis Hero Remaja 2020 Hazeeq Dean.

high council episode 898

7. Watak Fakhri yang dilakonkannya kerap menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen berikutan bentuk rahang 'lelaki' yang dimilikinya!

   

high council 657

8. Namanya turut menjadi sebutan selepas muncul dalam sebuah lagi drama yang ditayangkan serentak iaitu siri "Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999" yang juga disiarkan oleh Astro, sebagai watak Naufal.

Untuk biodata asas Mierul, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Mierul Aiman

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Watak Kahar Drama Projek High Council

Baca: Drama Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

   

mierul aiman age

mierul aiman high council

mierul aiman height

Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

*Info Ringkas Mierul Aiman

Umur / age - 25 tahun (2023)

Tinggi / height - 178 cm

Instagram - @mierulaiman

Kredit video: Official Movie Trailer - Project : High Council. Episode 1 Pada 14 Januari 2023. Cast: Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar




Hakcipta iluminasi.com (2017)