Drama popular Projek: High Council yang ditayangkan di Astro menampilkan gandingan bakat baharu, Amir Ahnaf sebagai antara muka utama di samping Mierul Aiman​​​​​​ dan Nadhir Nasar.

Drama yang penuh dengan adegan mendebarkan yang berjaya meninggalkan kesan kepada emosi penonton itu menjadi tumpuan pencinta drama tempatan sejak lewat ini.

Ditayangkan di Astro Go disusuli Astro Ria, Projek: High Council merupakan sebuah karya sentuhan pengarah terkenal, Anwari Ashraf bersama Zulaikha Zakaria, selepas kejayaan siri Projek: Anchor SPM.

Berikut sejumlah fakta yang menarik tentang salah seorang aktor yang membintanginya, Amir Ahnaf.

8 Fakta Pelakon Amir Ahnaf Yang Ramai Tak Tahu!

high council 758

1. Amir Ahnaf memiliki lebih 28,500 pengikut dalam media sosial Instagram yang menggunakan nama akaun @amir.ahnaff.

   

high council episode

   

2. Sebelum ini dia gemar menyampaikan kandungan kepada pengikut laman sosialnya dengan menyanyikan lagu-lagu saduran (lagu cover) popular seperti Sephia (Sheila On 7), Kemarin (Seventeen), Cinta Luar Biasa (Andmesh Kamaleng) dan Mimpi Yang Sempurna (Peterpan).

   

amir ahnaf hero remaja

   

3. Ketika beraksi dalam saingan Hero Remaja 2021, dia merupakan antara peserta yang berpotensi ke finale Hero Remaja, namun akhirnya terkandas di peringkat suku akhir sekaligus terlepas peluang mara ke separuh akhir edisi itu.

   

amir ahnaf 506

4. Dia merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri Perempuan Itu yang pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu, membabitkan sama barisan aktor seperti Zul Ariffin, Siti Hariesa, Mimi Lana, Eman Manan dan Iqbal Zulkefli.

   

amir ahnaf high council

5. Walaupun baru membina nama sebagai pelakon di arus perdana, dia sudah diamanahkan untuk beraksi di skrin besar dalam filem akan datang, Lagenda Kaling, bekerjasama dengan nama-nama terkenal seperti Zahiril Adzim, Saiful Apek, Ebby Saiful dan Shiha Zikir.

   

projek high council 300

6. Amir kini adalah salah seorang pelakon yang menyokong naskhah siri Projek: High Council di bawah payung jenama Astro Originals sebagai antara bintang utama, yang mula disiarkan sejak 14 Januari 2023 lalu.

   

projek high council episode 406

   

7. Menerusi Projek: High Council, dia digandingkan dengan aktor pendatang baharu yang juga rakan seangkatannya di Hero Remaja 2021 iaitu Mierul Aiman dan Fazziq Muqris, termasuk juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar dan finalis Hero Remaja 2020, Hazeeq Dean.

   

high council project

8. Dalam kerjaya televisyennya, dia turut memainkan peranan lakonan dalam siri Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999 dan telefilem Hierarki.

Untuk biodata asas Amir, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Amir Ahnaf

       

Baca: 10 Fakta Pelakon Amir Ahnaf Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

   

kahar high council

   

Kredit video: Peterpan | Mimpi yang sempurna | Amir Ahnaf ft Syamil

   

Kredit video: Official Movie Trailer - Project : High Council. Episode 1 Pada 14 Januari 2023

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)