Watak Ariz peranan aktor Hazeeq Dean dalam drama Astro Originals 'Projek: High Council' yang disiarkan di Astro, kini menjadi topik hangat di kalangan peminat setia siri tersebut.

Ia selepas beberapa klip babaknya itu 'trending' di laman media sosial khususnya aplikasi TikTok.

   

projek high council episode 227

Siri itu turut menampilkan ramai pelakon muda berbakat dan memperkenalkan aktor baru seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Fadhli Masoot.

   

high council episode 743

Ikuti 8 fakta pemilik nama penuh Mohamad Haziq Nazimuddin ini bagi membantu anda mengenali sisi peribadinya dengan lebih dekat.

   

hazeeq dean age

    

1. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Hazeeq adalah salah satu bintang yang dilahirkan daripada program realiti Hero Remaja 2020. Pertandingan ini turut memperkenalkan pelakon-pelakon muda seperti Meerqeen, Aniq Suhair, Nadhir Nasar, Imran Aqil, Azim Yusof, Hariz Hamdan, Jabir Meftah dan Jazmy Juma Khan.

   

hazeeq dean height

   

2. Sebagai salah seorang finalis, beliau berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kelima terbaik dalam program berkenaan setelah mengharungi persaingan sengit dengan peserta lain di peringkat akhir.

   

hazeeq dean wikipedia

3. Walaupun masih baru dalam dunia seni lakonan, namun beliau telah memiliki pengalaman dalam memainkan pelbagai peranan dalam beberapa drama popular seperti Projek: High Council, Do You Love Me Captain, The Maid 2, Ratu Ten Pin dan Cinta Amnesia yang telah ditayangkan di kaca TV.

   

projek high council 582

4. Dalam masa yang akan datang, Haziq bakal membintangi beberapa drama baharu seperti Chinta dan Sempurnakah Cinta Kita sebagai pelakon watak.

   

high council 916

5. Hazeeq mempunyai fizikal yang tinggi lampai dengan ketinggian tubuh mencapai 183 sentimeter (cm)!

6. Dengan jumlah pengikut sebanyak 109,000 orang, akaun Instagram (IG) miliknya @hazeeqdean semakin dikenali di kalangan pengguna media sosial.

   

hazeeq dean

7. Dalam keluarga yang terdiri daripada empat adik beradik, beliau ialah anak paling bongsu.

8. Melalui lakonannya sebagai watak Ariz dalam siri drama 'Projek: High Council' hasil jenama Astro Originals, namanya semakin terkenal bersama barisan pelakon muda seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Danish Zamri dan Syed Irfan.

Untuk biodata asas Hazeeq, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Hazeeq Dean

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Watak Fakhri Dalam Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Watak Kahar Drama Projek High Council

Baca: Drama Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

   

hazeeq high council

tinggi hazeeq dean

hazeeq dean drama

Kredit foto: Instagram Hazeeq Dean

   

*Info Ringkas Hazeeq Dean

Umur / age - 26 tahun (2023)

Tinggi / height - 183 cm

Instagram - @hazeeqdean

    

Kredit video: High Council - Teaser Episode 10 / Akhir . Cast Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar




Hakcipta iluminasi.com (2017)