Drama terbaharu 'Projek: High Council' dengan baru lima episodnya bersiaran telah mencipta fenomena luar biasa di kalangan penonton.

   

high council 277

Di samping itu, populariti para pelakon utama yang berperanan dalam drama tersebut juga turut melonjak seiring.

   

projek high council 536

Nadhir Nasar, seorang pelakon muda yang semakin popular, antara yang menarik perhatian ramai peminat dengan persembahan cemerlangnya sebagai watak 'Naim' dalam siri tersebut.

   

projek high council episode 735

Beliau juga turut bergandingan dengan pelakon generasi baharu seperti Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Hazeeq Dean yang juga kelahiran pertandingan Hero Remaja yang membantu memperkenalkan namanya dalam industri seni.

   

high council episode 13

Namun terdapat 8 fakta menarik tentang Nadhir Nasar yang mungkin tidak diketahui oleh ramai.

8 Fakta Pelakon Nadhir Nasar Yang Ramai Tak Tahu!

nadhir nasar 536

1. Walaupun kini bergelar seorang pelakon terkenal di Malaysia, Nadhir sebenarnya dilahirkan di California Selatan, Amerika Syarikat.

   

nadhir nasar high council

2. Namanya juga dikenali melalui kemunculannya dalam pelbagai watak lakonan di televisyen seperti dalam drama Projek: Anchor SPM, i-Tanggang, Nusyuz Berkiblat Cinta, Ash & Aish, Tercipta Satu Ikatan dan Cerita Hantu Asrama (Episod 4), juga turut serta dalam telefilem Kebal Janji Syaitan dan Abah.

   

nadhir nasar height 132

3. Sebagai bakat muda pelapis, beliau pernah meraih tempat di kalangan lima teratas (Top 5) untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama dengan Meerqeen, Aliff Iskandar, Dinie Rashid dan Fadh Majid.

   

nadhir nasar umur

4. Walaupun belum berpengalaman luas dalam bidang seni, Nadhir telah dipilih untuk menjadi pengacara program Hero Remaja musim 2021, platform yang memberikan laluan pada namanya dalam dunia seni. Beliau berpasangan dengan Shaza Bae, juara Dewi Remaja 2019/2020.

   

nadhir nasar hero remaja 280

5. Ramai mungkin tidak menyedari bahawa wajah-wajah pelakon baharu yang sering dilihat di televisyen juga merupakan lepasan Hero Remaja edisi 2020 seperti Nadhir. Antara mereka termasuk Aniq Suhair, Meerqeen, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin, Jabir Meftah dan Azim Yusof.

   

nadhir nasar drama

6. Kini, dia semakin popular berkat lakonannya sebagai watak Naim dalam siri drama eksklusif Astro Originals, 'Projek: High Council'."

nadhir nasar tinggi

7. Antara lain, Nadhir turut aktif dalam bidang di sebalik tabir sebagai pengarah menerusi percubaan pertamanya dalam filem pendek bertajuk, Villa Rosli, yang berjaya dicalonkan sebagai antara 10 karya terbaik dalam acara BMW Shorties 2022.

8. Sejak tahun 2022, dia memulakan transformasi penampilan dengan mengubah stail rambut panjangnya yang pernah digilai kepada rambut pendek yang baru.

Untuk biodata asas Nadhir, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Nadhir Nasar, Juara Hero Remaja 2020

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 10 Fakta Pelakon Nadhir Nasar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Watak Kahar Drama Projek High Council

Baca: Drama Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Siri Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

*Info Ringkas Nadhir Nasar

Umur / age - 27 tahun (2023)

Tinggi / height - 183 cm

Keluarga, Ibu bapa / Family, Parents - Ahmad Nasar (ayah)

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar , Instagram Astro Gempak

Kredit video: Gandingan Pertama Nadhir & Mierul, Azhar Beri Sebab Percaya Leona Di UK | MeleTOP | Nabil & Hawa




Hakcipta iluminasi.com (2017)