Oleh pada 16 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Syif Malam Raya

    

Syif Malam Raya merupakan sebuah filem raya komedi seram 2020 arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen terbitan Ray Theme Sdn Bhd.

Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Atu Zero, Sharif Zero, Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Reen Rahim, Ropie dan ramai lagi.

   

pelakon syif malam raya

Kredit foto: Instagram Syif Malam Raya

    

Sinopsis

"Balik kampung naik van jenazah?!"

Empat sahabat baik terpaksa berhadapan pelbagai kejadian aneh sewaktu menempuh perjalanan pulang ke kampung pada malam raya.

Kisah bermula apabila Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) yang bekerja sebagai pemandu van jenazah, tidak mendapat cuti raya kerana diberi tugasan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh.

Mereka menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) yang kebetulan ingin balik kampung beraya di sana.

Tanpa diduga, perjalanan mereka menjadi kecoh dengan beberapa peristiwa aneh, serta kemunculan ‘pocong’ di Kampung Batu Berapit pada malam raya!

    

Baca: Selepas 10 Hari Tayangan, Ini Lagi Kutipan Mengejutkan Filem Syif Malam Raya!

    

filem syif malam raya

Kredit foto: Instagram Syif Malam Raya

    

Pelakon

Lakonan Atu Zero, Sharif Zero, Yoe Parey, Reen Rahim, Ropie dan Syaiful Zero. 

Juga menampilkan Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Anissa Faizul, Nadia Brian, Saiful Apek, Azlee Senario, Danial Zaini (Lawak Solo), Lia Natalia, Emelda Rosmila dan Sheila Mambo.

    

Baca: Biodata Pelakon Yoe Parey

Baca: Biodata Pelakon Reen Rahim

Baca: Biodata Pelakon Syahmi Sazly

Baca: Biodata Pelakon Asif Suhaimi

Baca: Biodata Pelakon Nadia Brian

Baca: Biodata Pelakon Danial Zaini (Lawak Solo)

Baca: Biodata Pelakon Lia Natalia

    

syif malam raya

Kredit foto: Instagram Syif Malam Raya

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan sutradara A. Razak Mohaideen menerusi penerbitan syarikat Ray Theme dan edaran United Studios.

A. Razak Mohaideen sebelum ini dikenali menerusi filem-filem pecah panggung seperti Mami Jarum, Cinta Kolestrol, Mistik, Anak Mami Kembali, Mana Mau Lari dan banyak lagi.

    

Kredit video: Raya Online - Zero & Kengkawan (Official Music Video)

     

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Raya Online

Penyanyi: Alyssa, Sharif (Zero), Atu (Zero), Saiful (Zero), Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Danial (Lawak Solo)

Komposer: Azmeer

Lirik: Senibayan

    

syif malam raya astro first

Kredit foto: Instagram Syif Malam Raya

    

Tarikh Tayangan

Bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), filem ini bakal melangkaui tayangan di pawagam dan akan dibawa secara terus ke pawagam rumah anda menerusi Astro First di saluran 480 mulai 21 Mei 2020.

     

Kredit video: Syif Malam Raya - Official Trailer

    

Sumber:

1. Instagram Syif Malam Raya

2. Bila Zero, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bergabung, Syif Malam Raya Comfirm Pecah Perut

3. Syif Malam Raya - Official Trailer

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)