Oleh pada 31 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

     

Hanya 10 hari tayangan, filem Syif Malam Raya (SMR) yang disiarkan di saluran Astro First sekali lagi mencipta kejayaan dengan kutipan sebanyak RM3 juta!

Pencapaian itu dikongsikan kepada para peminat menerusi laman Instagram rasmi Astro Shaw dan Astro First, hari ini.

   

syif malam raya

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

"RM 3 juta dalam masa 10 hari tayangan!! Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menonton Syif Malam Raya. Syif Malam Raya kini di Pawagam Rumah Anda, Astro First," tulisan di kapsyen kiriman berkenaan berbunyi.

Filem yang menampilkan kemunculan sulung bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey di layar perak itu mendapat respon positif daripada rata-rata penonton filem melayu sejak tayangan perdana pada 21 Mei lalu.

Difahamkan, ada yang memberi sokongan dengan menonton filem ini secara berulang kali bersama keluarga mereka.

Antara lain, Syif Malam Raya digamatkan dengan lakonan bersahaja kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Ropie, Danial Lawak Solo, Saiful Apek, Azlee Senario, Reen Rahim, Nadia Brian, Emelda Rosemila, Lia Natalia dan Sheila Mambo.

   

Cara Langgan Syif Malam Raya

Pergi ke saluran Astro First (saluran 480) dan buat bayaran sebanyak RM15. Penonton diberi masa 48 jam (2 hari) untuk menonton filem ini secara berulang-ulang.

Untuk info penuh, baca artikel: Info Dan Sinopsis Filem Syif Malam Raya

   

Sumber berita: Cayalah! Syif Malam Raya Catat RM3 Juta Dalam Masa 10 Hari Tayangan Di Astro First

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)