Oleh pada 30 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Enuja Production

    

Town Mall merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel seram terlaris dengan tajuk sama karya penulis Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima.

Filem berkisar daripada kisah benar di bawah arahan Eizlan Yusof dan skrip daripada Subroto Katimin ini menampilkan barisan para pelakon ternama seperti Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz dan Jalaluddin Hassan.

    

filem town mall

Kredit foto: Instagram Eizlan Yusof

   

Sinopsis

Mengangkat cerita daripada kisah benar mengenai pembinaan sebuah pusat membeli belah bernama Town Mall di bandar Seremban.

Projek pembinaan itu terpaksa dihentikan gara-gara gangguan aneh yang dialami para pekerja dan jurutera yang terlibat.

Sepuluh tahun berlalu, bangunan terbengkalai yang terbiar kosong itu ingin disiapkan semula oleh sebuah syarikat pembinaan tempatan bagi menjadikannya sebuah pusat beli-belah terkenal.

Rusdi yang memegang peranan sebagai pengurus projek, awalnya mendapati kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Namun, gangguan aneh sedekad lalu kembali menghantuinya bersama rakan sekerja yang lain.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan hantu wanita bernama Akma.

    

town mall astro first

Kredit foto: Instagram Hafsa Munir

    

Pelakon

Dijayakan barisan para pelakon seperti Eizlan Yusuf, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Farahdhiya, Hafsa Munir, Erry Putra, Jalaluddin Hassan, Nor Albaniah, Hafizuddin Fadzil, Ku Faridah dan Wan Muhammad Logan (Elji).

    

Baca: Biodata Pelakon Eizlan Yusof

Baca: Biodata Pelakon Reen Rahim

Baca: Biodata Pelakon Intan Ladyana

Baca: Biodata Pelakon Nynaa Harizal

    

town mall

Kredit foto: Instagram Hafsa Munir

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Hasil kerja daripada produksi Enuja Production Sdn Bhd dan arahan oleh sutradara Datuk Seri Eizlan Yusof.

    

pelakon town mall

Kredit foto: Instagram Nynaa Harizal

   

Tarikh Tayangan

Menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro First tanpa ditayangkan di pawagam sejajar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Tarikh tayang bermula 25 Jun 2020.

   

Kredit video: TOWN MALL Official Movie Trailer 2020

    

Sumber:

1. Town Mall bakal hantui penonton di pawagam 26 Mac ini

2. Sinopsis Filem Town Mall

3. TOWN MALL Official Movie Trailer 2020

4. Town Mall [ADAPTASI FILEM]

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)