Biodata

Nama penuh: Nur Hawa binti Zainal Abidin

Nama popular: Wawa Zainal

Tarikh lahir: 12 Mac 1991

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Lahad Datu, Sabah

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @w4w4_zainal

Fakta Menarik

1. Merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik.

2. Isteri kepada aktor Aeril Zafrel. Pernikahan mereka berlangsung secara tertutup tanpa pengetahuan pihak media dan peminat iaitu pada tahun 2012. Sehingga kini mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

3. Merupakan sepupu kepada Faris Hadzir, bekas gitaris kumpulan Bunkface.

4. Menjadi model sejak berumur 12 tahun.

5. Lakonan pertama beliau menerusi drama Ana Lu'lu.

6. Bakatnya digilap menerusi syarikat Metrowealth (MIG) yang turut dinaungi nama-nama popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.

7. Antara drama popular yang pernah dibintanginya ialah Ana Lu'lu, Bunga-Bunga Syurga, Cinta Qaseh, Duda Terlajak Laris dan Patahnya Sebelah Sayap.

8. Manakala telefilem yang pernah dilakonkan beliau ialah Cinta Vlog, Kenapa Aku Binti Abdullah dan Biarkan Cinta Tersenyum Lagi.

9. Tidak ketinggalan, Wawa turut menjayakan watak dalam beberapa filem popular seperti Hantu Dalam Botol Kicap, 3 Temujanji, Aji Noh Motor, Budak Pailang, 99 Kali Rindu dan Longkai.

10. Wawa pernah merangkul trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26, selain turut tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dan Anugerah Stail EH!

Foto

biodata wawa zainal pelakon wanita cantik isteri aeril zafrel 2

biodata wawa zainal pelakon wanita cantik isteri aeril zafrel 3

biodata wawa zainal pelakon wanita cantik isteri aeril zafrel 4

biodata wawa zainal pelakon wanita cantik isteri aeril zafrel 5

biodata wawa zainal pelakon wanita cantik isteri aeril zafrel 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Remaja

4. Mingguan Wanita

5. Instagram Wawa Zainal




Hakcipta iluminasi.com (2017)