Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

   

Sharifah Husna merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama rantaian Seadanya Aku, sebuah karya adaptasi novel dengan tajuk sama nukilan Rissa Ahdiya.

Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader yang antara lain menampilkan Azlee Khairi, Zara Zya, Elvina Mohamad, Redza Rosli dan Dayana Roza.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Subang Jaya, Selangor.

4. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

5. Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6. Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu. Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

7. Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

   

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor.
  • Bakal bergelar doktor. Bidang kedoktoran cukup sebati di kalangan keluarganya kerana rata-rata saudara perempuannya juga menceburi bidang terbabit.
  • Agak kurang fasih berbahasa Malaysia.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @_sharifahhusna_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 46,000 pengikut.

   

Baca: Biodata Pelakon Halim Radzi

   

Foto

sharifah husna

wikipedia sharifah husna

drama seadanya aku 876

sinopsis seadanya aku

sharifah husna syed feizal

novel seadanya aku

sharifah husna ig

pelakon sharifah husna

Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

    

Video

Kredit video: #Soaljawabgadispanca Bersama Sharifah Husna @_sharifahhusna_

    

Sumber:

1. Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

2. Kenali 10 finalis Gadis Panca MyBeauty 2018

3. Dimalukan Kerana Kurus

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)