Oleh pada 30 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @insidebates

Filem-filem seram era moden 2010-an dan 2020 yang berada dalam senarai ini menarik untuk ditonton walaupun rata-ratanya boleh dikatakan agak underrated.

Seram mempunyai tafsiran subjektif kepada setiap penonton. Setiap filem yang penulis syorkan mengetengahkan identiti seram tersendiri yang tidak semata-mata menjadikan 'hantu' sebagai sumber ketakutan.

Jika anda menonton filem seram hanya untuk berhibur dan tidak terlalu fokus pada aspek teknikal, 10 karya moden ini berbaloi untuk dinikmati.

   

Senarai 10 Filem Cerita Seram Moden Hollywood 'Berhantu' Wajib Tonton!

Countdown (2019)

movie hantu paling seram 516

Filem seram supernatural lakonan Elizabeth Lail, Jordan Calloway, Talitha Bateman dan Tichina Arnold mengisahkan seorang jururawat yang memuat turun aplikasi yang boleh meramalkan jangka hayat seseorang.       

Dia mendapat alamat awal hanya mempunyai tiga hari sebelum kematiannya, lantas dia mencari jalan untuk menyelamatkan nyawanya.

As Above, So Below (2014)

cerita hantu paling seram

Berdasarkan konsep 'found footage', As Above So Below mengisahkan seorang ahli arkeologi yang menubuhkan kru untuk mencari khazanah tersembunyi di bawah tanah di Paris.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang memasuki alam ghaib yang sangat dahsyat.

Dibintangi oleh Perdita Weeks, Ben Feldman, Edwin Hodge, François Civil dan Ali Marhyar.

   

Truth or Dare (2018)

cerita hantu

Sekumpulan rakan bermain 'truth or dare' ketika bercuti di Mexico, tetapi apabila pulang ke rumah masing-masing, mereka menyedari sesiapa yang cuba melanggar peraturan permainan akan menemui ajal secara misteri.

Filem seram supernatural ini menggandingkan pelakon Lucy Hale, Tyler Posey, Violett Beane, Hayden Szeto, Sophia Taylor Ali dan Landon Liboiron.

   

The Intruder (2019)

filem seram 924

Selepas berkahwin, Scott dan Annie Howard berpindah ke rumah impian baru mereka di Napa Valley, tetapi pemilik rumah sebelum ini, yang mempunyai personaliti aneh, enggan meninggalkan kediamannya dan sering memerhatikan mereka dari jarak dekat.

Filem genre thriller psikologi diterajui oleh Michael Ealy, Meagan Good dan Dennis Quaid.

   

The Rental (2020)

cerita seram 513    

Dibintangi Dan Stevens, Alison Brie, Sheila Vand, Jeremy Allen White dan Toby Huss, ia mengisahkan dua pasangan yang bercuti di sebuah rumah pantai.

Percutian mereka berakhir dengan tragedi selepas membongkar penemuan kamera pengintip yang dipasang di bilik air.

Mereka mengesyaki penjaga rumah itu yang berkelakuan mencurigakan, mengintai aktiviti mereka sepanjang penginapan di sana.

   

Searching (2018)

halloween movie  

Berdasarkan konsep skrin komputer, thriller misteri ini berkisar tentang David Kim yang kehilangan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Dia menjejaki jawapan di sebalik misteri itu secara digital dengan menyemak kandungan komputer riba anaknya melalui media sosial dan mesej teks yang ditinggalkan.

Dibintangi John Cho, Debra Messing, Michelle La dan Joseph Lee.

   

The Invisible Man (2020)

cerita hantu 2021

Cecilia melarikan diri daripada teman lelakinya, Adrian kerana tekanan ditindas.

Cecilia kemudian mendapati dirinya sedang diintai dan menerima gangguan misteri daripada entiti yang tidak kelihatan.

Ia merupakan reboot filem seram fiksyen sains 1933 yang dibintangi oleh Elisabeth Moss, Aldis Hodge, Oliver Jackson-Cohen, Storm Reid dan Michael Dorman.

   

Mary (2019)

movie hantu   

David yang mengalami masalah kewangan mahu memulakan hidup baru bersama keluarga dengan membeli kapal lama.

Perjalanan mereka merentasi lautan luas ke Bermuda mendapati ia dipenuhi dengan peristiwa aneh dan menakutkan.

Dibintangi oleh Gary Oldman, Emily Mortimer, Owen Teague, Manuel Garcia-Rulfo, Stefanie Scott dan Chloe Perrin.

Witches in the Woods (2019)

cerita hantu seram   

Lapan rakan sedang dalam perjalanan bercuti di hujung minggu, tetapi tidak lama dalam perjalanan mereka bertukar mimpi ngeri apabila terperangkap dalam cuaca bersalji di dalam hutan selepas kenderaan yang mereka naiki rosak.

Apabila malam semakin dingin, mereka diancam oleh sumpahan hutan dan terpaksa berjuang untuk terus hidup.

Watak-watak digerakkan oleh pelakon Hannah Kasulka, Craig Arnold, Sasha Clements, Corbin Bleu, Alexander De Jordy, Humberly González dan Kyle Mac.

Bates Motel (2013-2017)

kisah seram    

Karya seram psikologi diinspirasikan daripada filem ikonik, Psycho yang mengisahkan kehidupan Norman Bates selepas bapanya meninggal dunia.

Ibunya, Norma Bates membuka sebuah motel. Norma cuba melindungi Norman kerana keadaan mentalnya yang tidak stabil.

Akibat terlalu menyayangi Norman, Norma keberatan untuk mengaku anaknya psiko walaupun ramai yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

Gandingan mantap Freddie Highmore, Vera Farmiga, Max Thieriot, Olivia Cooke dan Nestor Carbonell.

*Bates Motel adalah siri TV lima musim, tetapi penulis memasukkannya sekali dalam perkongsian senarai filem ini kerana ia adalah naskhah yang hebat dan mesti ditonton, terutamanya bagi peminat genre seram psikologi.

      

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

Kredit video: 10 Movie Seram Melayu Malaysia Terbaik




Hakcipta iluminasi.com (2017)