Kredit foto: Instagram Mamat Khalid

Seorang demi seorang bintang pergi meninggalkan kita.

Tanggal 24 Oktober 2021, pengarah Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir di usia 58 tahun selepas berdepan sakit serangan jantung.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Kampung Paloh, Ipoh dalam lingkungan pukul 2.20 petang tadi.

Pemergian Allahyarham pastinya memberikan impak kepada ramai khususnya para peminat filemnya.

Jom dekati karyawan seni yang cukup disegani ini menerusi artikel biodata yang memperincikan butiran mengenainya.

   

mamat khalid meninggal

   

1.  Nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid dan dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak.

2. Berumur 58 tahun (2021).

mamat khalid meninggal dunia

   

3. Anak bongsu daripada lima orang adik beradik (tiga lelaki dan dua perempuan) kepada pasangan Mohd Khalid Ibrahim (bapa) dan Norazian Said (ibu).

4. Berkahwin dengan isterinya, Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan hasil penyatuan hidup mereka dilengkapi dengan kelahiran lima orang anak iaitu Mohd. Khalid Zaffa, 34, Nor Sara, 31, Mohd. Khalid Adam, 27, Mohd. Khalid Amen, 26, dan Nur Hassanah, 22.

mamat khalid 2021

   

5. Mula aktif berkarya dalam bidang seni sejak tahun 1996 sebagai seorang pengarah filem, penulis lakon layar, penyunting filem dan pelakon.

6. Filem-filem garapan beliau yang kebanyakannya berkonsepkan komedi dan mencetuskan fenomena, antaranya adalah Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan 18 Puasa Di Kampong Pisang.

filem mamat khalid

7. Arahan telefilemnya menerusi Namaku Yassin, Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel, 15 Puasa, Rombongan Cik Kiah Kelana Jaya, Idris MLM, 16 Puasa, 17 Puasa dan banyak lagi.

8. Juga menghasilkan drama berepisod berjudul Hari Raya Abdullah Rauf, Cer Citer dan Kampong Pisang Bersiri-siri.

mamat khalid sakit

9. Beberapa watak yang diwujudkannya dalam filem, menarik perhatian penonton kerana karakter mereka yang disifatkan begitu menghiburkan. Antaranya watak Husin lakonan Dato Awie, Usop Wilcha (lakonan Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail atau Shy8), Hantu Kak Limah (lakonan Delimawati), Barkoba (lakonan Bell Ngasri), Jijo (lakonan Khir Rahman), Pak Jabit (lakonan Man Kadir), Yeh Sekupang (lakonan Rab Khalid), Yah Kuchai (lakonan Arean Deanna Baharudean), Cik Man (lakonan Kamarool Haji Yusof) dan Wani (lakonan Sharwani NS).

jenazah mamat khalid

   

Fakta Menarik

1. Kediaman rumahnya terletak di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Ipoh, Perak.

2. Mengusahakan perniagaan restoran kafe, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak.

3. Abangnya, Datuk Mohammad Nor Khalid atau terkenal sebagai Datuk Lat juga merupakan seorang figura yang dikenali, yang bergiat sebagai kartunis.

4. Mamat pernah diiktiraf dalam kategori Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 pada 2008 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang dan di Anugerah Skrin 2001 menerusi telefilem Pinang Durian. Juga memegang trofi Lakonlayar Terbaik (bersama Saw Teong Hin) di Festival Filem Malaysia ke-18 (2005) menerusi filem Puteri Gunung Ledang, termasuklah Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-20 (2007) menerusi filem Zombi Kampung Pisang dan di Festival Filem Malaysia ke-23 (2010) menerusi filem Estet.

   

Senarai Filem Arahan Mamat Khalid

1. Lang Buana (2003)

2. Rock (2005)

3. Man Laksa (2006)

4. Zombi Kampung Pisang (2007)

5. Kala Malam Bulan Mengambang (2008)

6. Estet (2010)

7. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

8. Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)

9. Rock Oo! (2013)

10. Apokalips X (2014)

11. Zombie Kilang Biskut (2014)

12. Amir dan Loqman Pergi ke Laut (2014)

13. Rumah Pusaka Di Simpang Jalan (2014)

14. Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (2015)

15. Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015)

16. Rock Bro! (2016)

17. Lebuhraya Ke Neraka (2017)

18. Hantu Kak Limah (2018)

19. Rock 4: Rockers Never Dai (2020)

20. Manap Karaoke (2020)

21. 18 Puasa Di Kampong Pisang (2021)

22. Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa (2021)

23. Kampong Pisang Kita Setandan - Filem Pendek (2021)

     

Gambar

sarang hub

mamat khalid

mamat khalid movie

anak mamat khalid

umur mamat khalid

Kredit foto: Instagram (IG) Mamat Khalid

Kredit video: [LANGSUNG] Perjalanan terakhir Mamat Khalid I 24 Oktober 2021

Sumber:

1. Mamat Khalid meninggal dunia

2. Peja, Awie beri penghormatan terakhir kepada Mamat Khalid

3. Adik saya pencinta seni tegar - Datuk Lat

4. Watak ciptaan Mamat Khalid

5. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)