Oleh pada 09 Oct 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro First

       

'Telekinesis', filem baharu penuh aksi, kini boleh dinikmati melalui Astro First, sesuai untuk penonton yang gemar mencari alternatif tontonan selain dari pawagam.

      

telekinesis movie

Kredit foto: Instagram Astro First

       

Karya yang bergenre sains fiksyen ini diterbitkan pada tahun 2024, diarah oleh Syafiq Yusof, yang mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa popular, Twilight, sebagai rujukan untuk menghasilkan cerita unik ini.

Menariknya, ini adalah filem ketiga Syafiq di Astro First selepas kejayaan Penunggang Agama dan Penunggang Agama 2 pada tahun 2021.

        

telekinesis syafiq yusof

Kredit foto: Instagram Astro First

        

Syafiq memang dikenali sebagai pengarah yang gemar bereksperimen dengan gaya penceritaan dan genre.

Telekinesis menjadi percubaan keduanya dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai dalam industri filem tempatan, selepas beliau memulakan langkah pertamanya menerusi filem Desolasi pada tahun 2016.

        

Sinopsis

Fadli, seorang anggota NTSF, mempunyai niat untuk membalas dendam terhadap ESLM (gerakan pembebasan deria tambahan), sebuah gerakan yang menyebabkan kematian bapanya dua dekad lalu.

Kemunculan Helang dalam ESLM membawa ancaman baru kepada NTSF kerana Helang bertekad untuk memusnahkan organisasi NTSF.

Dengan kehadiran Helang juga, Fadli merasakan ada sesuatu yang tidak kena di dalam NTSF. Dia mula menyiasat kerana meragui kejujuran orang sekitarnya dan beranggapan bahawa terdapat pengintip dalam kalangan mereka yang membocorkan maklumat penting.

Semakin dalam dia menggali, semakin banyak kebenaran yang terbongkar yang mendedahkan sisi gelap organisasinya.

Ketika keadaan semakin rumit, pertempuran terakhir antara NTSF dan ESLM menanti, satu pertembungan yang akan mengungkap segala rahsia, niat tersembunyi dan motif jahat yang menyelubungi orang-orang di sekeliling Fadli.

       

Baca: 8 Filem Melayu Terbaru (2024) Mesti Tonton!

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Terkini Filem Takluk: Lahad Datu (2024), Inspirasi Peristiwa Lahad Datu, Sabah 2013

        

telekinesis sooka tgv gsc cinema showtime

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

        

Maksud Telekinesis

Telekinesis membawa makna yang merujuk kepada kebolehan unik untuk memindahkan atau mengubah objek fizikal tanpa memerlukan kekuatan fizikal atau sentuhan. Keupayaan ini dianggap sebagai manifestasi dari kuasa minda atau tenaga mental seseorang.

Dalam pelbagai karya fiksyen, termasuk filem dan novel, watak-watak yang mempunyai kemampuan telekinesis sering digambarkan sebagai individu luar biasa yang dapat menggerakkan objek dari jarak jauh, lantas mencipta suasana tegang dan penuh keajaiban.

Walaupun telekinesis tidak mempunyai bukti saintifik yang sah, konsep ini tetap menjadi fokus kajian dalam bidang paranormal dan seringkali menimbulkan perdebatan mengenai sempadan antara realiti dan imaginasi.

       

Pelakon / Cast

Telekinesis diserikan dengan barisan pelakon ternama negara yang sudah dikenali di layar perak, termasuklah Yusuf Bahrin, Beto Kusyairi, Aman Graseka, Hasnul Rahmat, Nick Davis, Kenji Sawahi, Jesse Lim, Shabby dan Wanji Aswandi.

       

Watak Pelakon

Yusuf Bahrin sebagai Fadli

Beto Kusyairy sebagai Razak

Wanji Aswandi sebagai Tuan Jaafar

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem ini merupakan produk produksi Viper Studios, serta Syafiq Yusof sebagai pengarah.

       

telekinesis sinopsis

Kredit foto: Instagram Astro First

       

Tarikh Tayangan

Telekinesis bakal menemui penonton secara eksklusif di platform Astro First bermula 10 Oktober 2024.

Mereka yang berminat untuk menyaksikan karya terbaru ini boleh menyewanya menerusi saluran Astro First (480), di On Demand Store atau platform penstriman Sooka.

      

Judul: Telekinesis

Genre: Sains Fiksyen, Aksi

Bahasa: Melayu

Durasi: 120 minit

Platform Online: On Demand di Astro Go dan platform streaming, Sooka

      

Kredit video: Film Telekinesis - Full Official Movie Trailer , Release Date 10 Oktober 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)