Oleh pada 23 Feb 2022 kategori

Ada di antara filem seram yang baik yang tidak diketahui ramai.

Senarai yang penulis kongsikan ini bukanlah filem seram 'terbaik' kerana ianya tentu akan melibatkan filem-filem seperti Insidious, The Conjuring, Scream dan filem-filem legenda dan popular lain.

Seram adalah satu istilah yang subjektif. Filem tertentu mungkin dilabelkan sebagai filem paling seram sepanjang zaman, tetapi bagi sesetengahnya merasakan ia biasa-biasa sahaja.

Ia bergantung kepada aspek seram yang anda suka.

Di bawah adalah senarai 12 filem seram di platform Netflix yang penulis klasifikasikan sebagai menakutkan, namun tidak cukup ramai yang memperkatakan tentangnya.

Dan walaupun ia dipanggil 'berhantu', tetapi tidak semestinya menjanjikan 'hantu' sebagai subjek ketakutan.

Senarai 12 Filem Cerita Seram Hollywood Di Netflix, Paling 'Berhantu'!

Fractured (2019)

movie hantu paling seram

Genre: Thriller psikologi

Sinopsis

Seorang bapa menjadi buntu selepas isteri dan anak perempuannya yang cedera, hilang dari bilik kecemasan di sebuah hospital.

Dia mengesyaki hospital berkenaan menyembunyikan sesuatu, namun tiada siapa yang mempercayainya.

The Ritual (2017)

cerita hantu paling seram 984

Genre: Seram, Misteri

Sinopsis

Kisah seram berlatarkan hutan belantara Sweden yang menceritakan empat orang rakan lama sedang bersedih dengan kehilangan seorang rakan mereka.

Mereka membuat pengembaraan di dalam hutan yang kemudian mendatangkan malapetaka apabila beberapa kejadian aneh terjadi hingga menggugat keberanian mereka untuk meneruskan langkah.

Time Trap (2017)

cerita hantu 877

Genre: Sains fiksyen, Pengembaraan

Sinopsis

Ketika menjejaki profesor arkeologi mereka yang hilang, sekumpulan pelajar berdepan mimpi ngeri apabila gua yang diterokai mempunyai peredaran masa yang tidak sama dengan dunia luar.

Eli (2019)

filem seram

Genre: Seram

Sinopsis

Demi mengubat penyakit yang aneh, seorang budak lelaki berusia 11 tahun dihantar ibu bapanya ke sebuah rumah berhantu untuk mendapatkan rawatan terapi seorang doktor misteri.

Sightless (2020)

cerita seram

Genre: Thriller, Drama

Sinopsis

Ellen, seorang pemain biola diserang individu misteri yang menyebabkan matanya buta.

Dia yang dijaga seorang lelaki bernama Clayton ketika tempoh pemulihan, berasa curiga dengan orang sekeliling dan kehidupan baharunya apabila mendengar penggera kereta berbunyi pada masa yang sama setiap hari.

Jessabelle (2014)

halloween movie 916

Genre: Seram, Thriller

Sinopsis

Jessie Laurent berpindah ke rumah bapanya di Louisiana selepas mengalami kemalangan yang menyebabkannya tidak dapat berjalan.

Di sana dia menjumpai satu siri pita video peninggalan arwah ibunya yang membongkar sebuah rahsia.

Curve (2015)

cerita hantu 2022

Genre: Seram, Thriller

Sinopsis

Mallory terpaksa berjuang untuk terus hidup, selepas menumpangkan seorang lelaki yang membantu membaiki keretanya yang rosak di tepi jalan.

Hypnotic (2021)

movie hantu 276  

Genre: Thriller psikologi

Sinopsis

Jenn, seorang wanita muda yang tertekan, mendapatkan bantuan seorang pakar hipnotis terkenal, namun mendapati dirinya terjerat dalam permainan manipulasi minda hingga membawa kesan yang tidak dijangka dan boleh mendatangkan maut.

The Silence (2019)

cerita hantu seram 917

Genre: Seram, Thriller

Sinopsis

Ketika dunia diserang makhluk yang membawa maut dan memburu melalui bunyi, seorang remaja pekak dan keluarganya cuba mendapatkan perlindungan di sebuah rumah terpencil di luar bandar.

Intrusion (2021)

kisah seram 312

Genre: Thriller psikologi

Sinopsis

Selepas berpindah ke rumah impian di sebuah bandar kecil, seorang wanita trauma apabila dia bersama suami menjadi mangsa pencerobohan rumah, tanpa mengetahui bahaya sebenar datang daripada orang yang tidak dijangka.

Within (2016)

netflix movie

Genre: Seram, Thriller

Sinopsis

Penghijrahan sebuah keluarga ke rumah baru menemukan mereka dengan aktiviti paranormal bersama kejadian aneh yang berakhir dengan sebuah penemuan mengejutkan.

Texas Chainsaw Massacre (2022)

hantu seram

Genre: Seram, Thriller

Sinopsis

Menerusi sekuel terbaru ini, beberapa usahawan muda ingin memberi nafas baharu kepada sebuah bandar terpencil di Texas.

Namun Leatherface, seorang pembunuh lagenda terkenal yang memakai topeng kulit manusia, kembali mengganas apabila persembunyiannya selama 50 tahun diganggu secara tidak sengaja.

    

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

Kredit video: 10 Movie Seram Melayu Malaysia Terbaik




Hakcipta iluminasi.com (2017)